Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Monday, 4 February 2013

Monster- in -Law ...

Assalam..


Even cerita ni dah lama, tapi tetap best !


Korang pernah tengok movie ni x?..huhu. Seriously, cerita ni xpernah buat aku bosan even if berpuluh-puluh kali aku tonton. Cerita ni totally buat aku geli hati dengan telatah mertua yang cemburu terhadap menantu sendiri. hahaha.

Part yang paling lucu bagi aku, semasa mak mertua dia tidur dengan menantu..hahaha. Dia boleh pura-pura ngigau semata-mata nak balas dendam,habis dia belasah menantu dia yang tak pasal-pasal kena jaga mertua dia yang kononnya xberapa nak sihat.hahaha. Adeh. Dunia2..

Tetiba teringat..Tetiba lah masa layan cerita ni,macam mana lah aku nanti erk..
Agak-agak mertua aku,suka x aku?..hahaha..Xpasal2 je.. Kalau boleh,biarlah hubungan aku nanti dengan mertua aku baik-baik je. Saling menolong dan saling memahami dan yang paling penting,hubungan aku dan si suami direstui. Itu yang paling penting. Apabila hubungan direstui maka kebahagiaan rumah tangga itu milik bersama. Aceceh..hahaha. 

Apa pendapat korang?
Kalau hubungan korang dengan bakal suami/isteri xdirestui,adakah korang tetap akan berkahwin? Jawab-jawab. Memang merunsingkan,yelah korang bukan main lagi bercinta bagai nak rak, macam-macam benda korang da buat nak pikat buah hati,tetiba terputus sebab xdirestui?..huhuhu.. Sedih !

Jadi sebagai nasihat,sebelum korang nak go on dengan mana-mana lelaki atau perempuan,bawa-bawalah mereka berjumpa parents korang sebelum korang pergi stage yang lebih jauh. Biarlah parents korang kenal mereka sebagai kawan korang dulu sebelum mereka kenal sebagai calon suami/isteri korang. Errr, setuju x? huhu..

For me, kalau hubungan tu awal-awal lagi xdirestui, baik jangan go on. Sebab probability untuk bahagia tu memang tipis. Sangat lah tipis.huhuhu. Tapi janganlah cepat mengalah,xsalah kalau mencuba. Memujuk parents terlebih dulu kalau korang memang dah betul-betul tekad nak kahwin dengan si dia. Macam lagu Jason Mraz, I Won't Give Up tu.Boleh jadi,itu semua dugaan dan cabaran untuk korang yang bercinta. Ehem...hahaha..

Agak-agak siapalah erk bakal jadi mertua aku?..Herm..Macam manalah mertua aku nanti kan..hahaha..Berangan lebih ! Sedih betul.
Chill lah ! Aku baru 20 kot.Bukan 30.Lagi pun,aku ramai peminat apa..hahaha..Werk3 ! XP .. Eh,betul la..Classmate kat matrik tu masih tunggu aku.Tapi ni semua soal hati,mana boleh paksa-paksa suka kat orang yang kita xsuka. Nak pilih calon suami tu,biarlah yang terbaik sebab dia yang pimpin kita nanti. Dan si dia juga yang bakal jadi nakhoda dalam rumah tangga nanti.

So,life goes on. Tak payah la buat keputusan pelik-pelik sampai nak kahwin lari ni. Cari je yang lain,kalau dah memang betul-betul xde jodoh nak buat gane?
Nak ubah takdir? Eh, siapa korang yang nak ubah2 takdir ni? All these petunjuk dari Allah yang korang memang xde jodoh. Kalau betul-betul ada jodoh, kenapa Allah tunjukkan semua ni? Tiada restu dari ibu bapa. Tu semua petunjuk. Kita sebagai hamba yang lemah kena terima semua ketentuan. Kita hanya merancang,yang menentukan Allah. Manalah tahu kan, Allah nak pertemukan korang dengan orang yang lebih baik. :) ..

Errr,entri ni xde kaitan dengan sesiapa. huhu. Hanya memberi pendapat. :) 
Ni lah dia, apabila azra sudah berbicara. XD

Wassalam..

Thursday, 31 January 2013

Cuti sem.

Assalam..

First of all, aku rindu ini 2orang tudung hitam. Bestfriends forever ! XD



Gambar lepas SPM.. XD

Bersawang blog ni..Dah lama xupdate. heee..Sebenarnya banyak je entri yang aku xpublish ..Aku malas nak post banyak entri,takut timbul kontroversi macam blog aku sebelum ni. Nak update pun kena fikir banyak kali..Kalau ritu xupdate bolehlah terima sebab nak  final kan..Laa ni dah keluar result, alhamdulillah.. Result aku agak memuaskan hati..Tapi,bak kata seorang senior, jangan terlalu berpuas hati. Betul. Aku seratus peratus setuju dengan kata-kata beliau. Jauh lagi cita-cita aku. Baru first sem. Ada lagi baki 5 sem,xmasuk lagi hajat aku nak sambung master setahun. Yang penting, pointer memang kena jaga. Laa nii pun,pesaing hebak2..Tercabar rasa diri. Tapi bila fikir2 balik,aku kena buat something different supaya semasa alam kerja nanti,aku boleh jadi seorang yang berpengaruh. Ya,itu memang salah satu cita2 aku. 


Hahaha..Bila fikir2 balik, oh ! Ni pertama kali aku buang masa dalam tempoh agak lama. Sebulan. Aku xpernah menikmati cuti sebulan lama seperti ni selepas tamat persekolahan. Hahaha. Maklumlah,sebelum ni aku kan busy. Masa kat matriks, cuti sem pun 2minggu je.hahaha..kelakar betul. Habis matriks, kerja. Konon nak rehat,tapi mama plak offer kerja baik untuk aku. Kerani Operasi. Budak yang hanya ada takat sijil SPM je jadi kerani. Memang haruk la kerja tu aku buat. Lebih2 lagi xde basic akaun. Nasib kena train sebelum betul2 pegang jawatan tu.huhu. Nampak macam simple kan kerja tu? Tapi berat tanggungjawab aku, kena uruskan gaji2 pengawal. Lari seposen pun, tipon opis bunyik2 tanya kenapa gaji xcukup seposen. Cehhh.. Nak je aku cakap,seposen tu aku guna beli aiskrim mesia. Hahahaha XD


Tapi dari situ,aku dapat memupuk sifat kesabaran dalam diri. Pertama kali sentuh akaun, pening seiyh. Serious. Tapi aku hebak. hahaha. Kalau x,macam mana orang atas boleh luluskan kiraan gaji aku sedangkan time tu aku dah perasan aku ada buat silap. Aku just malas nak betulkan,jadi aku submit je.hahaha. Budak yang ambil akaun tau lah betapa seksanya hidup kalau akaun tu xbalance kan.hahahaha. Alhamdulillah.. Masa sem 1, akaun aku dapat A-walaupun aku ni xde basic. Hahaha. Tapi,mungkin pengalaman kerja tu yang bantu aku serba sedikit.heeee


Budak sains sentuh akaun memang orang pandang rendah sikit. Tapi aku dah buktikan, aku boleh ! huhu ...Alhamdulillah...



Suasana tempat aku kt opis.

Cakap pasal cuti. Lepas SPM,aku xmenikmati pun cuti lama..huhu..Biasalah,remaja nak merasa pegang duit sendiri.heee.. Ingat lagi,masa lepas SPM..Aku dan BFF cari kerja. Siap sanggup suruh orang tu ambil kami berdua kerja dan xkisah kalau gaji dibahagi dua...hahaha..Kesetiaan BFF jelas kelihatan.. X)
Pengalaman kerja sebagai penjaga butik pakaian kanak-kanak memang sangat beharga. Berkenalan dengan orang yang lebih berusia,berkongsi cerita dan pengalaman. Tak kan aku lupa. Sentiasa segar diingatan.. Nasihat dan kata2 mereka mendorong aku untuk jadi insan yang berguna kelak.. Ingat lagi kata2 seorang pakcik kedai spec, MUTIARA OPTICAL. 'Pakcik tengok korang berdua ni, pakcik dapat tengok korang ni akan jadi orang berjaya' ..hee..insya-Allah...aamiiinn...

Tetiba teringat kata2 seorang ustaz ni,aku pernah jumpa beliau. Beliau sendiri ada kata, melalui percakapan aku,aku boleh pergi jauh kalau aku teruskan usaha..insya-Allah.. Buat pendorong semangat.

Alahai,kenapalah time aku tengah kusyuk menaip,dengar plak bunyi macam2..Adehh, come on la..Sebelum ni aku tidur lambat,xtidur ke xde plak nak kacau..huhu..


Tak kira,aku nak sambung gak menaip.hahaha. Ok, lepas je 2bulan if I'm not mistaken kerja kat butik tu,kami tekad nak cari kerja lain sebab gaji yang ciput..Bayangkan 500/2 jadi RM 250 seorang. hahaha. Masa mula2 nak cari pengalaman boleh la terima. 

Then, kami dapat jugak kerja yang sama,buat marketing Celcom Broadband. Mula2 kitorang kerja area Negeri Sembilan je. Lama2 kena transfer kerja KL. Gila x, ulang-alik Seremban- KL hari2 naik skuter?..huhu..Mula2 jela naik bas,train..Lama2 duit habis kat situ je,ktorang decide nak naik skuter..heee XP


Sekarang fikir, heishh beraninya aku dulu. Dulu,xde plak rasa macam tu.hahaha. Biasalah remaja meningkat dewasa yang masih mencari identiti diri lagi masa tu. Masa kerja kt KL,macam2 jugak cabaran dan dugaan yang mengajar aku erti kesabaran secara xlangsung dapat menilai pelbagai ragam manusia sana-sini. Memang ketika itu,aku menjadi silent observer sambil bekerja.heee..Dapat mengajar kami mengenal erti kehidupan sebenar. 

Bercakap dikhalayak orang ramai melatih diri kami mengikis sifat rendah diri dan malu yang melampau..huhu..

Pengalaman dan pengalaman. Tak kan pernah aku lupa. Masih segar diingatan aku setiap peristiwa yang telah mengajar aku jadi orang sekarang ni bukan binatang.huhu

Maklumlah,sekarang ni terlalu banyak sangat binatang bertopengkan manusia... Sampai kadang2 aku berkhayal yang kucing tu adalah manusia yang bertopengkan haiwan.hahaha..Kucing yang xde akal pun pandai jaga anak,sayang kan anak..Ni kan pula manusia yang subur,yang mampu melahirkan zuriat tapi sanggup buang anak macam buang sampah. Apa kejadah. Nauzubillah..

Kekadang,kita xboleh cakap orang lebih..Nanti balik pada diri sendiri.. Hidup ni macam roda. Ada masa kita di atas,ada masa kita di bawah. Sekali kita berjaya, xbermaksud kita berjaya selama-lamanya. Sekali kita gagal,xbermakna kita xde peluang untuk berjaya. Dan satu pepatah yang aku ambil dari novel Setia Hujung Nyawa, Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yangberdosa yang tidak mempunyai masa depan. 


Herm..panjang dah rasa aku bebel2 ni.. Kang all out lebih2, esok lusa xde idea dah. hahaha..ok,laa..Masa untuk gerak ke kamar. Acececeh..Selamat menikmati baki cuti lagi 2minggu..heee.. XP ..Tetiba rasa xsabar nak bukak sem.. hahaha. Rindu Kangar dan Simpang Empat ! hehe..Wassalam.



Sunday, 23 December 2012

Perihal seorang pelajar.

Kita mulakan bacaan dengan gambaran bilik aku saat  study week. Ternyata kebekobaran dihati  xsabar nak balik tamatkan sem satu ! heee XD

Aku tamatkan part 1 dengan pengalaman hidup yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia.aceceh..

Memori di Pesta Penang. Happy sangat ! XD


assalam..

Lama xupdate blog.fuhhh..sebenarnya xde la busy sangat. Cuma line internet ni perlahan macam siput tu yang buat rasa malas nak update blog.heee
Tapi hari ni tetiba rasa rajin sebab dapat curi line wi-fi orang.haha.Bukan curi sebenarnya tapi ada orang berhati mulia kasi kongsi password. Rezeki jangan ditolak,jadi kita ambil je.haha XD

Dua minggu lepas,UniMAP ada melancarkan satu program baktisiswa dan semua pelajar tahun satu wajib join. Dengar macam baik je projek ni kan.haha.Memang baik pun,sebab masing-masing diberi keluarga angkat free2 je. Best sangat ! X)

First reaction apabila dapat tahu aku dapat keluarga angkat di sekitar kampung kawasan asrama aku je,Simpang Empat. Oh,tidak ! Belakang rumah je? Please,xde tempat jauh lagi ke nak kasi?..huhu.Tapi,at the same time apabila fikir2 balik.Think positive.Dekat tu la bagus,anything problem senang.hee..Kalau lapar,dekat.Dapat makan percuma.huhu.Kalau cuti sem,nak tumpang barang pun dekat.Tak de hal la.Tetiba rasa beruntung sebab dapat keluarga angkat dekat2 je..huhu

Alhamdulillah,keluarga angkat aku memang baik.Beruntung rasa diri ini.Tetiba sepanjang tiga hari di rumah keluarga angkat,aku termuhasabah diri.Alangkah bertuahnya aku dilahirkan daripada keluarga yang sederhana,dan di Malaysia.
My partner,Tinny. Kami dapat keluarga angkat yang sama. Seorang gadis berbangsa Cina tapi cukup tinggi ilmunya terhadap budaya orang Melayu.Did you believe me when I told you that she knows Malay songs? Tetiba wujud satu rasa iaitu Satu Malaysia.heee. Ok,bukan pasal Tinny je.My classmates,Yeelun,Prem,Kanchu,Ernie and others semua baik2..Kami bersatu.Almaklumlah ini kali pertama dapat kawan berbangsa lain.Dulu sekolah,semua Melayu.Matriks pun semua Melayu.Tapi bila dah jejak U,semua berubah dan itu semua membuatkan aku lebih bersemangat untuk menuju satu cita2 yang sejak kecil aku idamkan.Insya-Allah X)

Mula-mula jejak kaki di balai raya Kampung Simpang Empat,bukan niat nak bermegah diri tapi saja nak show-off.hahaha. ada la mata-mata yang memandang diri ini. Seorang makcik sudah menunding jari pada diri ini.Ehem, I know that. 
Beliau berhajat untuk memiliki diri ini untuk menjadi anak angkat beliau.Heee..

Bukan rezeki makcik tu nak dapatkan aku,hee..Tak pe.Rezeki orang lain.lalalalala


Baju ungu tu mak angkat aku. Aku panggil ibu.heee
Terasa diri paling tinggi.haha XD




Alhamdulillah..Aku berjaya habiskan part 1 dengan kedatangan ke kelas yang agak memuaskan.hee..2minggu final exam yang bakan aku tempuhi. Semoga aku dapat lalui getir2 hidup dengan penuh kesabaran..Insya-Allah nak maintain kan pointer untuk sambung master setahun..Aamiinnn..Kematangan hidup mencorakkan langkah setiap perbuatan kita..Setiap perbuatan menunjukkan sejauh mana kematangan kita. Tapi xsalah kalau nak jadi gila-gila sekali sekala.hahahah XD


Sunday, 11 November 2012

Updated !

Assalam...

Hei,sebelum tu kan..Nak promote page baru kita..Meh la tolong like kat FB yerrr?..hehe..
myzara collection - klik disini .Terima kasih anda ! X)

Heip..lega sungguh setelah beberapa hari xcukup tidur duk sibuk mengurus dan menolong orang buat kerja kahwin..Ehem,belum jadi pengantin lagi tu..haha..
Perghh,sakitnya badan xde siapa yang tahu wei..

Teharu aku melihat abang sedara baruku menangis ketika akad nikah..So sweet.. Am I right?..huhu.. Hopefully,my future husband pun macam tu la...hehe
Tapi satu pekara yang aku rasa annoying yang amat sepanjang majlis berlangsung iaitu terhadap photographer. Mulut dia kan,heisshh...Rasa macam nak sumbat dengan stokin busuk je...huh !

Ni ada sedikit gambar..Silalah tonton..heee


Cik puan ainie dan suami








 Apapun,jadikan semua sebagai pengalaman..Segala yang berlaku sama ada yang baik dan buruk dapat jadikan sebagai pengalaman penting sebelum giliran aku pulak jadi pengantin..ehem..hehe.. *mood miang sudah mari..haha

Buat Cik puan ainie,kakak sedaraku..Semoga anda bahagia disamping suami..Semoga anda tabah menghadapi segala cabaran alam rumah tangga..Dan aku,pasti merindui saat2 anak dara jadi mangsa basuh pinggan,cawan semasa beraya dirumah saudara lain..haha..Ahhhhh,memang rindu la kan lepas ni.. X( ...Ni yang tetiba rasa macam nak kawin cepat je ni...Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr............

Insya-Allah..Semoga suatu hari nanti apabila masing-masing sudah ada keluarga sendiri,ikatan kekeluargaan/persaudaraan masih dapat dikekalkan..aaamiiiinn...

Alhamdulillah sekali lagi aku selesai menyelesaikan interview bersama staff SME Bank Kangar untuk projek assignment minggu lepas..Team members memang the best kasi sokongan padu ! THUMBS UP !






Aku rasa bertuah sangat dapat interview dengan manager SME Bank sebab aku dapat tahu serba sedikit macam mana nak start business. Herm,makin berkobar-kobar lah aku lepas ni..huhu.. Yessss ! XD
Exam ekonomi,akaun,business berjalan dengan lancar..Cuma aku risau paper economic,management je sekarang ni..Yang lain semua aku ok je..Math ok..Tinggal satu paper lagi Skill communication and technology.. Harap-harap dapatlah aku prepare sehabis baik lepas ni..Arghhh..Dan esaimen yang banyak melampau ! Adehh..Amboi..Mentang-mentang budak 1st year kan..Kena sumbat dengan esaimen jelah kan..haha..

Haa,sebelum tamat cerita,aku nak cerita sikit masa dalam flight dari LCCT ke Alor Star semasa mau pulang Perlis minggu lepas..huhu
Flight delay tau x?! Aku yang sesengal badan ni berada dalam keadaan yang tidak beberapa stabil.Masa nak turun,aku nak capai beg laptop dalam cabin,puas aku cari xjumpa.Tetiba aku ternampak pakcik ni sandang beg aku.Aku yang terkedu terus melulu memanggil pakcik tersebut, " Errr,excuse me sir.......," aku terhenti seketika kerana aku sedar,apa pasal beg aku ni kempis semacam kan..haha..Aku terus buat double-check ,dan2 beg aku tersorok dalam tu..haha..Kurang asam betul ! Malu ok ! haha..Fuhhh..Nasib baik pakcik tu buat donnoe je tapi xtengok lagi orang-orang yang beratur nak keluar kat belakang aku tu,tengok aku semacam jerr..Kbai. *malu.



Thursday, 25 October 2012

Welcome home !

Assalam..

Arggghh...Akhirnya sampai jugak Seremban setelah terperuk dalam City Express for 7 hours ! Hee.. Excited nak balik setelah dua bulan tak sentuh remote control tv..Huhu
Tapi mula-mula rasa macam sayang nak tinggalkan Perlis tapi tak pe,demi cuti dan keluarga dapat mengaburi perasaan tersebut. Acececeh..

Dah lama xbalik tanah air,jadi perasaan excited tu terasa menjadi-jadi plak..Sempat bergambar lagi ok..haha..


Perjalanan sepanjang 6+1 jam dalam bas sangat lah memberi satu pengalaman buat diri.Haha.Ehem,maklumah last jalan jauh naik bas tah tahun bila tah.Huhu..Habis semua makanan kat 7e Kangar aku borong.Haha..Cukup 100 orang macam aku, confirm 7e bukak cawangan baru kat depan bilik aku.Okei, aku nak buat promotion bas City Express. Sekali lagi, City Express. Heish,dah la selesa giler seat dia,memang selesa ditambah lagi kelajuan bas yang cukup pantas.Hanya 7jam aje dalam bas.Memang terbaik lah ! Heee..Aku bukan kemain lagi plan dalam 12 jam dalam bas.Haha..


Bersama Alin



Aku rasa Airasia pun tak seselesa ni. Dahla tiket murah RM 43 je ok..huhu..Cakap pasal syarikat milik Tony Fernandez tu,aku dah beli tiket flight untuk balik cuti nanti..Keseorangan.Sekali lagi,keseorangan.Okei,semoga aku mampu berdikari nanti.

Cuti ni memang akan aku penuhkan masa dengan assignment lah kan ditambah lagi business online yang baru sahaja aku lancarkan.Huhu. Myzara Collection.
Sesiapa rasa nak tengok-tengok boleh lah klik disini .Aku jadi dropship untuk 3pemborong beg,kasut dan baju..Hee..

Herm,dan aku bakal pengantin pengapit kepada akak sedara aku cuti kali ni.Hee..Tetiba rasa macam aku plak yang nak kahwin.Ehem.Wahai Mr.Bobok, silalah cepat melamar saya.Please. Hahaha.. Xpe,yang penting,masa saya konvo,awak mesti ada kasi saya bebear ! Hee..

Ok,lah. Nak start buat assignment ni.Nanti2,kita sambung keyh?..TC.. Wassalam..


Monday, 15 October 2012

Bride to be . .

Assalam..

Bride to be. Pergghh sape xnak ada future life? huhu. Menurut fakta,penghidap heart attack kebanyakannya dalam kelompok orang2 yang single. Kenapa?
Seperti yang telah ditetapkan hukum karma,bagi sesiapa yang tidak mempunyai pasangan atau teman hidup maka probability untuk dia menanggung segala tekanan hidup adalah sangat tinggi.Ehem.Not me.

Tajuk ni sangat serious.Serious.Adakah kalian sanggup mensia-siakan jangka hayat anda dan  diakhiri dengan serangan jantung?

Herm,just nak bagi tau.Saya xmenggalakkan kalian untuk berpasang-pasangan secara haram kalau boleh biarlah secara halal.Baru sweet.Haha.Aku suka tengok kawan-kawan aku kahwin awal ni.Ehem,
my bestie tah bilalah nak kahwin walhal parents da restu tu  yang sekarang ni kat India duk sibuk
buat medic and at the same time,si pilihan hati turut di sana.Kan senang,kalau saling menjaga
diri.Hehehe..At least tekanan tu boleh dikongsi bersama.Heee.Yang bestie lagi seorang tu,kat 
Melaka kata nak ikat,xikat2 pun?..Eleh,nak tunggu aku la tu.Hahaha

Aku?..Hahaha.Aku single okay ! Tapi yang pastinya aku bukan tergolong dalam kelompok tula..
Heee,actually aku tengah tunggu seseorang bakal cikgu  dan seseorang tu pun sedang 
menunggu aku.Kami kenal dari form 4 lagi..Si dia tetap sabar menanti walaupun aku
pernah tolak dia banyak kali.. :( Tapi sekarang aku sedar betapa beharganya dia untuk aku.
Sedih...Nak nangis boleh?..haha..Xde kerja nak nangis xtentu pasal..huhu
Dia xnak couple2 ni dan alhamdulillah itulah ciri-ciri bakal suami yang aku nak..
Semoga hati ni akan tetap dan at the same time aku harap dia akan tunggu aku jugak. :)
Then si dia pernah jugak minta aku dengar satu lagu ni, I won't give up. Dan maksud liriknya 
sudah cukup buat aku faham dan terharu..heee..Cerr baca..Mendalam kan maksud dia..

"I Won't Give Up"
When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No: I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up, still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up



Tipulah rasa takut tu xda takut2 hati dia dikebas oleh orang lain..hee..Untuk hilangkan rasa takut
tu,aku ada amalkan satu doa ni yang boleh dikongsikan bersama :

" Ya Allah,jika benarlah dia adalah jodohku,tercipta untukku,
maka Kau dekatkanlah hati kami dengan titipan cinta-Mu,
satukanlah kami pada hari yang telah Engkau tetapkan suatu hari nanti...
Tetapi,
Jika dia Kau hadirkan bukan untuk diriku,
maka Kau jauhkanlah dia dari pandangan mataku,
lupakanlah dia dari ingatanku,
dan jauhkanlah dia dari hatiku,
serta buangkanlah rasa cinta padanya itu jauh dariku,
sesungguhnya aku tahu Kau mahu beri yang lagi baik untukku...
Aaamiiinnn..."

Ada seorang sahabat yang kongsikan doa ni kat aku.
Haa ! Semalam aku duk sibuk blogwalking tetiba terjumpa satu blog ni yang aku rasa
macam best je untuk aku..Awkward Lover. Bagi aku syoklah..haha..Senanya nak kata aku ni 
gatal,miang..heee



Insya-Allah,jika itu yang telah tertulis selepas masing2 dapat ijazah maka terikatlah kami.hee
Lagipun,masa raya hari tu,aku ada datang rumah dia,aku ingat lagi maa dia de bagi tahu
yang si dia pernah kata nak nikah final year tapi maa dia xkasi dan kata " nak tanggung anak
dara orang macam mana"..hee..Betul tu,kalau kita belum ada kemampuan untuk bernikah,maka haramlah..Xpe dear,I'll be here patiently waiting.. :)
Insya-Allah..

Ok,lah..Aku nak sambung buat kerja.hee..Tadi duk sibuk2 menaip tetiba mesej masuk kata 
kelas cancel. haha..Memang syoklah kan..Adeh,da lah pale nga pening ni..
Ok,guys take care.

Sunday, 14 October 2012

I'm back !

Assalam..

Yess ! Akhirnya dapat jugak ingat password blog..kan?nampak x kat situ yang aku da lama xbukak blog..fuhhh...
Dan kehidupan aku sekarang cukup berbeza setelah beberapa bulan berlalu..huhu..Now,aku bergelar student UniMAP. My 1st choice. Mesti pelik kan kenapa aku pilih UniMAP?..huhu..Sebab aku nampak future aku kat sini. Aku ambil kos Engineering Entrepreneurship atau Keusahawanan Kejuruteraan. Yess ! One fine day aku nak buka business sendiri.Insya-Allah..Errr,sebelum tu nak bagi tau,UniMAP tu Universiti Malaysia Perlis.

Dalam tempoh beberapa bulan ni,aku akan buka business online memandangkan aku dah mula belajar Introduction to Business .hehe. *Excited state !
Selepas aku buat kajian,hanya dua U saja yang menawarkan kos ni. Utem dan UniMAP.
Utem adalah pilihan kedua aku dan rezeki aku dekat UniMAP. Alhamdulillah..
Kenapa UniMAP bukan Utem? Sebabnya adalah tuanku muda Perlis sayang kami.haha..
Errr,tolong jangan tanya kenapa tuanku muda Melaka xsayang mereka.Please.

Semalam ; Sabtu- Seharian di rumah tanpa memegang tombol pintu utama rumah apatah lagi untuk keluar lunch dan dinner. Hanya sempat menujahkan pandangan ke luar balkoni untuk menyedut vitamin c yang dibekalkan si mentari. Kenapa begitu? Sebab aku perlu say hye pada assingment2 ku dan oh, mid-term ku !

Saya nak berjaya kan?.So kena struggle for that lebih-lebih lagi kena belajar sesuatu benda baru.Maklumlah,sebelum ni saya budak Kimia. Ehem.

Tadi duk2 search2 google blog dua-tujuh-satu.blogspot.com tetiba keluar ni :


Apa benda kejadah ni?

Berbalik kepada UniMAP,now I'm happy to be here. Ni ada beberapa gambar yang boleh dikongsikan bersama.Sila tengok. hehehe

Library baru !

Kawan time orintasi until now.

ex-housemate.

Kakak2.hee..xpaya nak kakak sangatlah..huhu


Ok,1st time berlari bawak payung.


Depan hostel .


Jamuan raya dapat 5ringgit !

Baiklah,nak siap-siap ni. Malam ni ade perjumpaan ko-k SISPA .Siswa-siswi pertahanan awam.huhu.. Take care !

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com