Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Thursday, 9 May 2013

Kita punya cerita .

Assalam..

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah...



Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul itu akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu adalah hati.

Allah mengurniakan manusia itu akal dan perasaan. Apabila bercakap perihal akal, semua akan menuju ke otak dan apabila bercakap perihal perasaan, semua menunding jari ke hati. Dua nikmat tuhan kepada hambanya dan ada kalanya disalah gunakan oleh makhluk bergelar manusia.

Pada dasar hakikatnya, hati itu perlu dijaga dengan iman. Akal yang bijaksana pun boleh menjadi bodohsini sekiranya hati yang rosak mula menguasai diri.
Seperti yang dijanjikan dalam surah al-Insaan ayat ke-2 ;

" Kami ciptakan manusia itu dari nutfah (campuran air mani) untuk kami menguji mereka maka kami jadikan kepada mereka (alat) pendengaran dan penglihatan ".  

Istilah cinta sebelum berkahwin benar tidak layak bagi pasangan yang sedar bahawa mereka mempunyai jantina yang berbeza. Jika pekara songsang ini masih diteruskan, maka cinta yang dibualkan tadi akan bersulamkan nafsu yang disertai oleh pihak ketiga dan pihak ketiga itu adalah makhluk yang bergelar iblis.

Tugas akal untuk menjaga hati. Sudah tentu yang bijaksana perlu menjaga seketul daging yang tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir tetapi masih berupaya untuk merasa. Tetapi harus diingat, rasa ini tidak seteguh tembok China maka haruslah ia dijaga dengan iman supaya menjadi lebih sempurna.

Aku yakin, ramai yang khuatir. Kalau tak bercinta atau istilah lazim, tidak couple sebelum berkahwin macam mana nak kekal? Ingatlah, jodoh itu rahsia Allah. Selama mana pun perhubungan itu, kalau itu bukanlah jodoh yang telah tertulis di Lauhul Mahfudz maka sia-sialah perhubungan itu.


Penulisan aku kali ni mungkin akan menimbulkan ketidakpuasan bagi sesetengah pihak. Dan mungkin ada yang memandang enteng terhadap aku. Ya, aku bukan seorang yang sempurna imannya tetapi insya-Allah aku sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. Rasulullah S.A.W ada bersabda,

"Dengarlah nasihat daripada sesiapapun walaupun dia seorang pelacur."


Wassalam .

Friday, 15 February 2013

University of Life.

Assalam...

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah...



Sejak dulu aku senang mengamati kehidupan. Aku selalu tertarik menjadi seperti life observer, sejak aku menemukan fakta bahawa sebahagian besar manusia tidak seperti mereka tampaknya dan begitu jugalah sebahagian lagi yang salah memahami.
Sesuai dengan kata pepatah Inggeris :
Don't judge people by their covers, most of their books are still being written.
Don't judge people by their clothes, wait till they are naked.hehe

Di sisi lain, manusia begitu gampang sekali menjatuhkan penilaian, judge minded.

Ternyata apa yang ada di dalam kepala otak manusia seukuran buah kelapa yang lebih kompleks daripada galaksi-galaksi dan kawan, di situlah daya tarikan terbesar menjadi seorang life observer .

Sekarang ni, hanya satu pekara yang sibuk bermain di fikiranku. Aku ghairah menemukan kelasku di Kangar. Mahasiswa- mahasiswa daripada pelbagai bangsa di dalamnya membuat kelasku seperti sebuah makmal perilaku. Kelasku bukan sekadar ruang untuk belajar ilmu yang tertulis dalam silibus tapi juga univesity of life.

Oh, berdebar-debar rasa jantung ini untuk menapakkan kaki ke kuliah yang bakal bermula Isnin ni. Debaran seperti sepasang pengantin yang tidak sabar menunggu malam pertama. Hee

Bermulanya azam baru untuk mendapatkan dekan untuk sem ini. Mudah-mudahan azam itu tidak terus bertukar menjadi tahi ayam yang sering menjadi baja buat pekebun-pekebun kecil. 

Cukuplah coretan ringkas sebagai salam pembuka untuk sem ini.
Soal hati? Oh, I'm just singing myself a quiet lullaby. heee


Wassalam.

Thursday, 14 February 2013

Amarah .

Assalam...

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah..

Marah merupakan salah satu jenis perasaan dan mempunyai tahap yang berbeza mengikut cara seseorang tu mengawal nafsu amarah. Ada empat jenis manusia yang mempunyai tahap marah yang berbeza.


  • Cepat marah, cepat reda.
  • Cepat marah,lambat reda.
  • Lambat marah,lambat reda.
  • Lambat marah,cepat reda.
Agak-agak lah kan,korang kategori yang mana?heee. Aku pun muhasabah diri balik.
Seriously, aku memang takut dengan orang yang sedang marah sebab amarah membuatkan mereka tidak mempu berfikir panjang. Macam-macam boleh jadi.

Nak tanya, pernah tak korang rasa susah nak bernafas sekali-sekala? Bernafas tu boleh,tetapi nak tarik nafas dalam-dalam tu payah atau rasa menguap xpernah sampai? Bila dah kena, mulalah fikir macam-macam. Rasa ada sakit jantunglah, jantung berlubanglah, saluran pernafasan tersumbatlah dan sejenisnya.
Tetapi bila dah biasa kena, terasa benda ni macam bermusim. Bulan ni kena lepas tu elok balik. Then, tahun depan kena lagi.

Ok,fine. Actually, itu adalah tanda-tanda korang sebenarnya sedang marah. Sifat marah yang korang xpernah perasan kehadirannya tetapi ada. Boleh jadi,korang makan hati dengan classmate ke atau sesiapa je tetapi korang xmampu nak luahkan. Boleh jadi korang xsampai hati nak luahkan marah atau korang ni jenis yang suka jaga hati orang? hehe..

Nafsu amarah ni kena kawal dan kalau boleh cegah sebab amarah mendatangkan penyakit. Tak pasal-pasal boleh mati sebelum ajal.heee Ya, mustahil kita boleh lari dari sifat marah yang merupakan salah satu norma. Tapi kawallah sebelum memudaratkan diri. Bila rasa nafsu amarah nak datang, cepat-cepat lah beristighfar .Mungkin mengambil masa. Xdelah,sekali je sebut astagfirullah terus hilang marah tu.huhu. Benda ni semua take time. Kalau nak lebih cepat, berwudhuk terus solat. Insya-Allah kekusyukan boleh bantu melupakan amarah. :)

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu,jika salah seorang daripada kamu marah,maka hendaklah dia berwudhuk (mengambil air sembahyang). - Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad.
Minta maaf dan memaafkan.
Kesalahan yang kita buat secara garis besar berimbas pada dua hal iaitu kesalahan pada diri sendiri dan kesalahan pada orang lain. Memaafkan mampu mengelap kemarahan diri pada orang lain. Insya-Allah. 
Ya,bukan senang nak memaafkan. Tetapi kita juga yang untung, xsakit hati.hehe.. Benda ni semua take time tetapi yang paling penting,memaafkan.. :)

Dulu selalulah jugak rasa susah nak tarik nafas dalam masa kat matrik dulu. hehe. Jadi mangsa fitnah orang. Xpasal-pasal orang pandang buruk atas kita lebih-lebih lagi time study week.Mulalah hilangnya fokus belajar. Pergghh,seksanya Allah je yang tahu.hehe. Tapi lama-lama perasaan marah tu hilang.


Kalau korang tengok cermin masa marah.
Dan hasilnya macam ni, agak2 jadi xmarah?.hehe
Chucky comel ! huhu.




Insya-Allah kita boleh. :)

Wassalam.


Monday, 11 February 2013

Allah is writing your story ...

Assalam..

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah...

Singgah menaip untuk membicarakan pekara yang telah lama terpendam sejak tiga hari lepas. Bunyinya macam xlah lama sangat, tapi apa kata kalau kita ubah dalam saat atau minit. 259 200 saat atau 4320 minit. Ada sedikit perubahan? Ya, mungkin bunyinya seakan-akan lama. huhu

Tiga hari lepas, aku ke Port Dickson untuk membuat persiapan pertunangan abang sedara aku. Herm,terasa masa berlalu begitu pantas. Aku drive sepanjang perjalan ke Port Dickson sambil terbayang saat2 aku dan sedara2 ku bermain galah penjang di halaman kampungku sewaktu berusia sebatang jagung. Tersengih aku apabila teringat aku dipulau oleh abang2 dan kakak2 sedaraku yang menghalang aku untuk bermain galah panjang. Alasan mereka,aku tidak pandai bermain. Masakan budak berumur 6 tahun reti bermain galah panjang. Now, aku sudah mencecah angka dua di depan. Ternyata kini abang2 dan kakak2 sedaraku masing2 sudah berumah tangga. Mengikut kiraan, ada lah baki dalam 3,4 orang lagi yang atas aku belum mengikat tali pertunangan atau berkahwin.hee


Sebelum merapu lebih, baik aku start. huhuhu

Malam tiga hari lepas,kakak sedara aku dan suami mengajak aku dan seorang lagi sedara aku ke pantai untuk melepak sambil memerhati keindahan malam ciptaan Allah. Kitorang makan sambil sibuk bercerita. Suami kakak sedaraku adalah seorang pencermah bebas. Bermula dengan sedaraku bertanya mengenai hal arak. 

( Sekarang ni,macam2 berita kita dengar mengenai artis2 yang tidak mendapat restu untuk berkahwin. Xpayah la mention erk..huhu )

Tetiba aku teringat akan sesuatu perkara. Mungkin ceritanya tidak perlu aku kongsikan. Cukuplah sekadar persoalan yang aku tujukan. Adakah berdosa bagi pasangan yang kahwin lari kerana tidak dapat izin keluarga?

Bermulalah hujah2 yang diberi oleh En.Shukri. Mungkin xsebulat2 yang dihujahkan tapi cukuplah sekadar isi. Adakah hubungan si anak perempuan dengan ibu dan ayahnya masih terikat sebelum berkahwin? Dan adakah hubungan si anak lelaki dengan ibu dan ayahnya masih terikat sebelum berkahwin? Jadi apakah hukum bagi seorang anak mendengar kata ibu dan ayah selagi tidak melanggar hukum dan syarak agama?
Anda tahu jawapannya. 

Tetapi sekiranya tanpa berkahwin dengan pasangan idaman itu boleh memudaratkan diri seperti gila,sakit dan sebagainya maka berkahwinlah dengan syarat.
Allah mencipta manusia untuk tidak berlaku zalim. Sekeras-keras hati manusia,akan lembut juga. Maka pujuklah dan bawa berbincang untuk mendapatkan penyelesaian.

Dan aku terfikir,lalu aku bertanya. Adakah hubungan yang tidak direstu itu adalah tanda2 mereka tiada jodoh?
Jawapannya tidak. Boleh jadi itu hanyalah dugaan buat mereka. Jodoh itu rahsia Allah.

'KUN FAYA KUN' dalam surah Yassin ayat ke-82, be so it is! Maka jadilah ia.

Berdoalah. Jika si dia jodoh anda, maka pintalah pd Allah agar dekatkan dan satukan hati anda dengan dia. Jika tidak,maka pintalah agar Allah menjauhkan dan meleraikan hati anda dengan si dia.

If that person is our JODOH, say Alhamdulillah. If that person is not our JODOH, please let it go. Its faith from Allah.

Boleh jadi ketika Allah ambil sesuatu daripada genggamanmu, sedarlah bahawa Dia hanya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik. :)






Biar tulisan yang berbicara.
Wassalam.

Monday, 4 February 2013

Monster- in -Law ...

Assalam..


Even cerita ni dah lama, tapi tetap best !


Korang pernah tengok movie ni x?..huhu. Seriously, cerita ni xpernah buat aku bosan even if berpuluh-puluh kali aku tonton. Cerita ni totally buat aku geli hati dengan telatah mertua yang cemburu terhadap menantu sendiri. hahaha.

Part yang paling lucu bagi aku, semasa mak mertua dia tidur dengan menantu..hahaha. Dia boleh pura-pura ngigau semata-mata nak balas dendam,habis dia belasah menantu dia yang tak pasal-pasal kena jaga mertua dia yang kononnya xberapa nak sihat.hahaha. Adeh. Dunia2..

Tetiba teringat..Tetiba lah masa layan cerita ni,macam mana lah aku nanti erk..
Agak-agak mertua aku,suka x aku?..hahaha..Xpasal2 je.. Kalau boleh,biarlah hubungan aku nanti dengan mertua aku baik-baik je. Saling menolong dan saling memahami dan yang paling penting,hubungan aku dan si suami direstui. Itu yang paling penting. Apabila hubungan direstui maka kebahagiaan rumah tangga itu milik bersama. Aceceh..hahaha. 

Apa pendapat korang?
Kalau hubungan korang dengan bakal suami/isteri xdirestui,adakah korang tetap akan berkahwin? Jawab-jawab. Memang merunsingkan,yelah korang bukan main lagi bercinta bagai nak rak, macam-macam benda korang da buat nak pikat buah hati,tetiba terputus sebab xdirestui?..huhuhu.. Sedih !

Jadi sebagai nasihat,sebelum korang nak go on dengan mana-mana lelaki atau perempuan,bawa-bawalah mereka berjumpa parents korang sebelum korang pergi stage yang lebih jauh. Biarlah parents korang kenal mereka sebagai kawan korang dulu sebelum mereka kenal sebagai calon suami/isteri korang. Errr, setuju x? huhu..

For me, kalau hubungan tu awal-awal lagi xdirestui, baik jangan go on. Sebab probability untuk bahagia tu memang tipis. Sangat lah tipis.huhuhu. Tapi janganlah cepat mengalah,xsalah kalau mencuba. Memujuk parents terlebih dulu kalau korang memang dah betul-betul tekad nak kahwin dengan si dia. Macam lagu Jason Mraz, I Won't Give Up tu.Boleh jadi,itu semua dugaan dan cabaran untuk korang yang bercinta. Ehem...hahaha..

Agak-agak siapalah erk bakal jadi mertua aku?..Herm..Macam manalah mertua aku nanti kan..hahaha..Berangan lebih ! Sedih betul.
Chill lah ! Aku baru 20 kot.Bukan 30.Lagi pun,aku ramai peminat apa..hahaha..Werk3 ! XP .. Eh,betul la..Classmate kat matrik tu masih tunggu aku.Tapi ni semua soal hati,mana boleh paksa-paksa suka kat orang yang kita xsuka. Nak pilih calon suami tu,biarlah yang terbaik sebab dia yang pimpin kita nanti. Dan si dia juga yang bakal jadi nakhoda dalam rumah tangga nanti.

So,life goes on. Tak payah la buat keputusan pelik-pelik sampai nak kahwin lari ni. Cari je yang lain,kalau dah memang betul-betul xde jodoh nak buat gane?
Nak ubah takdir? Eh, siapa korang yang nak ubah2 takdir ni? All these petunjuk dari Allah yang korang memang xde jodoh. Kalau betul-betul ada jodoh, kenapa Allah tunjukkan semua ni? Tiada restu dari ibu bapa. Tu semua petunjuk. Kita sebagai hamba yang lemah kena terima semua ketentuan. Kita hanya merancang,yang menentukan Allah. Manalah tahu kan, Allah nak pertemukan korang dengan orang yang lebih baik. :) ..

Errr,entri ni xde kaitan dengan sesiapa. huhu. Hanya memberi pendapat. :) 
Ni lah dia, apabila azra sudah berbicara. XD

Wassalam..

Thursday, 31 January 2013

Cuti sem.

Assalam..

First of all, aku rindu ini 2orang tudung hitam. Bestfriends forever ! XD



Gambar lepas SPM.. XD

Bersawang blog ni..Dah lama xupdate. heee..Sebenarnya banyak je entri yang aku xpublish ..Aku malas nak post banyak entri,takut timbul kontroversi macam blog aku sebelum ni. Nak update pun kena fikir banyak kali..Kalau ritu xupdate bolehlah terima sebab nak  final kan..Laa ni dah keluar result, alhamdulillah.. Result aku agak memuaskan hati..Tapi,bak kata seorang senior, jangan terlalu berpuas hati. Betul. Aku seratus peratus setuju dengan kata-kata beliau. Jauh lagi cita-cita aku. Baru first sem. Ada lagi baki 5 sem,xmasuk lagi hajat aku nak sambung master setahun. Yang penting, pointer memang kena jaga. Laa nii pun,pesaing hebak2..Tercabar rasa diri. Tapi bila fikir2 balik,aku kena buat something different supaya semasa alam kerja nanti,aku boleh jadi seorang yang berpengaruh. Ya,itu memang salah satu cita2 aku. 


Hahaha..Bila fikir2 balik, oh ! Ni pertama kali aku buang masa dalam tempoh agak lama. Sebulan. Aku xpernah menikmati cuti sebulan lama seperti ni selepas tamat persekolahan. Hahaha. Maklumlah,sebelum ni aku kan busy. Masa kat matriks, cuti sem pun 2minggu je.hahaha..kelakar betul. Habis matriks, kerja. Konon nak rehat,tapi mama plak offer kerja baik untuk aku. Kerani Operasi. Budak yang hanya ada takat sijil SPM je jadi kerani. Memang haruk la kerja tu aku buat. Lebih2 lagi xde basic akaun. Nasib kena train sebelum betul2 pegang jawatan tu.huhu. Nampak macam simple kan kerja tu? Tapi berat tanggungjawab aku, kena uruskan gaji2 pengawal. Lari seposen pun, tipon opis bunyik2 tanya kenapa gaji xcukup seposen. Cehhh.. Nak je aku cakap,seposen tu aku guna beli aiskrim mesia. Hahahaha XD


Tapi dari situ,aku dapat memupuk sifat kesabaran dalam diri. Pertama kali sentuh akaun, pening seiyh. Serious. Tapi aku hebak. hahaha. Kalau x,macam mana orang atas boleh luluskan kiraan gaji aku sedangkan time tu aku dah perasan aku ada buat silap. Aku just malas nak betulkan,jadi aku submit je.hahaha. Budak yang ambil akaun tau lah betapa seksanya hidup kalau akaun tu xbalance kan.hahahaha. Alhamdulillah.. Masa sem 1, akaun aku dapat A-walaupun aku ni xde basic. Hahaha. Tapi,mungkin pengalaman kerja tu yang bantu aku serba sedikit.heeee


Budak sains sentuh akaun memang orang pandang rendah sikit. Tapi aku dah buktikan, aku boleh ! huhu ...Alhamdulillah...



Suasana tempat aku kt opis.

Cakap pasal cuti. Lepas SPM,aku xmenikmati pun cuti lama..huhu..Biasalah,remaja nak merasa pegang duit sendiri.heee.. Ingat lagi,masa lepas SPM..Aku dan BFF cari kerja. Siap sanggup suruh orang tu ambil kami berdua kerja dan xkisah kalau gaji dibahagi dua...hahaha..Kesetiaan BFF jelas kelihatan.. X)
Pengalaman kerja sebagai penjaga butik pakaian kanak-kanak memang sangat beharga. Berkenalan dengan orang yang lebih berusia,berkongsi cerita dan pengalaman. Tak kan aku lupa. Sentiasa segar diingatan.. Nasihat dan kata2 mereka mendorong aku untuk jadi insan yang berguna kelak.. Ingat lagi kata2 seorang pakcik kedai spec, MUTIARA OPTICAL. 'Pakcik tengok korang berdua ni, pakcik dapat tengok korang ni akan jadi orang berjaya' ..hee..insya-Allah...aamiiinn...

Tetiba teringat kata2 seorang ustaz ni,aku pernah jumpa beliau. Beliau sendiri ada kata, melalui percakapan aku,aku boleh pergi jauh kalau aku teruskan usaha..insya-Allah.. Buat pendorong semangat.

Alahai,kenapalah time aku tengah kusyuk menaip,dengar plak bunyi macam2..Adehh, come on la..Sebelum ni aku tidur lambat,xtidur ke xde plak nak kacau..huhu..


Tak kira,aku nak sambung gak menaip.hahaha. Ok, lepas je 2bulan if I'm not mistaken kerja kat butik tu,kami tekad nak cari kerja lain sebab gaji yang ciput..Bayangkan 500/2 jadi RM 250 seorang. hahaha. Masa mula2 nak cari pengalaman boleh la terima. 

Then, kami dapat jugak kerja yang sama,buat marketing Celcom Broadband. Mula2 kitorang kerja area Negeri Sembilan je. Lama2 kena transfer kerja KL. Gila x, ulang-alik Seremban- KL hari2 naik skuter?..huhu..Mula2 jela naik bas,train..Lama2 duit habis kat situ je,ktorang decide nak naik skuter..heee XP


Sekarang fikir, heishh beraninya aku dulu. Dulu,xde plak rasa macam tu.hahaha. Biasalah remaja meningkat dewasa yang masih mencari identiti diri lagi masa tu. Masa kerja kt KL,macam2 jugak cabaran dan dugaan yang mengajar aku erti kesabaran secara xlangsung dapat menilai pelbagai ragam manusia sana-sini. Memang ketika itu,aku menjadi silent observer sambil bekerja.heee..Dapat mengajar kami mengenal erti kehidupan sebenar. 

Bercakap dikhalayak orang ramai melatih diri kami mengikis sifat rendah diri dan malu yang melampau..huhu..

Pengalaman dan pengalaman. Tak kan pernah aku lupa. Masih segar diingatan aku setiap peristiwa yang telah mengajar aku jadi orang sekarang ni bukan binatang.huhu

Maklumlah,sekarang ni terlalu banyak sangat binatang bertopengkan manusia... Sampai kadang2 aku berkhayal yang kucing tu adalah manusia yang bertopengkan haiwan.hahaha..Kucing yang xde akal pun pandai jaga anak,sayang kan anak..Ni kan pula manusia yang subur,yang mampu melahirkan zuriat tapi sanggup buang anak macam buang sampah. Apa kejadah. Nauzubillah..

Kekadang,kita xboleh cakap orang lebih..Nanti balik pada diri sendiri.. Hidup ni macam roda. Ada masa kita di atas,ada masa kita di bawah. Sekali kita berjaya, xbermaksud kita berjaya selama-lamanya. Sekali kita gagal,xbermakna kita xde peluang untuk berjaya. Dan satu pepatah yang aku ambil dari novel Setia Hujung Nyawa, Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yangberdosa yang tidak mempunyai masa depan. 


Herm..panjang dah rasa aku bebel2 ni.. Kang all out lebih2, esok lusa xde idea dah. hahaha..ok,laa..Masa untuk gerak ke kamar. Acececeh..Selamat menikmati baki cuti lagi 2minggu..heee.. XP ..Tetiba rasa xsabar nak bukak sem.. hahaha. Rindu Kangar dan Simpang Empat ! hehe..Wassalam.



Sunday, 23 December 2012

Perihal seorang pelajar.

Kita mulakan bacaan dengan gambaran bilik aku saat  study week. Ternyata kebekobaran dihati  xsabar nak balik tamatkan sem satu ! heee XD

Aku tamatkan part 1 dengan pengalaman hidup yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia.aceceh..

Memori di Pesta Penang. Happy sangat ! XD


assalam..

Lama xupdate blog.fuhhh..sebenarnya xde la busy sangat. Cuma line internet ni perlahan macam siput tu yang buat rasa malas nak update blog.heee
Tapi hari ni tetiba rasa rajin sebab dapat curi line wi-fi orang.haha.Bukan curi sebenarnya tapi ada orang berhati mulia kasi kongsi password. Rezeki jangan ditolak,jadi kita ambil je.haha XD

Dua minggu lepas,UniMAP ada melancarkan satu program baktisiswa dan semua pelajar tahun satu wajib join. Dengar macam baik je projek ni kan.haha.Memang baik pun,sebab masing-masing diberi keluarga angkat free2 je. Best sangat ! X)

First reaction apabila dapat tahu aku dapat keluarga angkat di sekitar kampung kawasan asrama aku je,Simpang Empat. Oh,tidak ! Belakang rumah je? Please,xde tempat jauh lagi ke nak kasi?..huhu.Tapi,at the same time apabila fikir2 balik.Think positive.Dekat tu la bagus,anything problem senang.hee..Kalau lapar,dekat.Dapat makan percuma.huhu.Kalau cuti sem,nak tumpang barang pun dekat.Tak de hal la.Tetiba rasa beruntung sebab dapat keluarga angkat dekat2 je..huhu

Alhamdulillah,keluarga angkat aku memang baik.Beruntung rasa diri ini.Tetiba sepanjang tiga hari di rumah keluarga angkat,aku termuhasabah diri.Alangkah bertuahnya aku dilahirkan daripada keluarga yang sederhana,dan di Malaysia.
My partner,Tinny. Kami dapat keluarga angkat yang sama. Seorang gadis berbangsa Cina tapi cukup tinggi ilmunya terhadap budaya orang Melayu.Did you believe me when I told you that she knows Malay songs? Tetiba wujud satu rasa iaitu Satu Malaysia.heee. Ok,bukan pasal Tinny je.My classmates,Yeelun,Prem,Kanchu,Ernie and others semua baik2..Kami bersatu.Almaklumlah ini kali pertama dapat kawan berbangsa lain.Dulu sekolah,semua Melayu.Matriks pun semua Melayu.Tapi bila dah jejak U,semua berubah dan itu semua membuatkan aku lebih bersemangat untuk menuju satu cita2 yang sejak kecil aku idamkan.Insya-Allah X)

Mula-mula jejak kaki di balai raya Kampung Simpang Empat,bukan niat nak bermegah diri tapi saja nak show-off.hahaha. ada la mata-mata yang memandang diri ini. Seorang makcik sudah menunding jari pada diri ini.Ehem, I know that. 
Beliau berhajat untuk memiliki diri ini untuk menjadi anak angkat beliau.Heee..

Bukan rezeki makcik tu nak dapatkan aku,hee..Tak pe.Rezeki orang lain.lalalalala


Baju ungu tu mak angkat aku. Aku panggil ibu.heee
Terasa diri paling tinggi.haha XD




Alhamdulillah..Aku berjaya habiskan part 1 dengan kedatangan ke kelas yang agak memuaskan.hee..2minggu final exam yang bakan aku tempuhi. Semoga aku dapat lalui getir2 hidup dengan penuh kesabaran..Insya-Allah nak maintain kan pointer untuk sambung master setahun..Aamiinnn..Kematangan hidup mencorakkan langkah setiap perbuatan kita..Setiap perbuatan menunjukkan sejauh mana kematangan kita. Tapi xsalah kalau nak jadi gila-gila sekali sekala.hahahah XD


/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com