Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Thursday 31 January 2013

Cuti sem.

Assalam..

First of all, aku rindu ini 2orang tudung hitam. Bestfriends forever ! XD



Gambar lepas SPM.. XD

Bersawang blog ni..Dah lama xupdate. heee..Sebenarnya banyak je entri yang aku xpublish ..Aku malas nak post banyak entri,takut timbul kontroversi macam blog aku sebelum ni. Nak update pun kena fikir banyak kali..Kalau ritu xupdate bolehlah terima sebab nak  final kan..Laa ni dah keluar result, alhamdulillah.. Result aku agak memuaskan hati..Tapi,bak kata seorang senior, jangan terlalu berpuas hati. Betul. Aku seratus peratus setuju dengan kata-kata beliau. Jauh lagi cita-cita aku. Baru first sem. Ada lagi baki 5 sem,xmasuk lagi hajat aku nak sambung master setahun. Yang penting, pointer memang kena jaga. Laa nii pun,pesaing hebak2..Tercabar rasa diri. Tapi bila fikir2 balik,aku kena buat something different supaya semasa alam kerja nanti,aku boleh jadi seorang yang berpengaruh. Ya,itu memang salah satu cita2 aku. 


Hahaha..Bila fikir2 balik, oh ! Ni pertama kali aku buang masa dalam tempoh agak lama. Sebulan. Aku xpernah menikmati cuti sebulan lama seperti ni selepas tamat persekolahan. Hahaha. Maklumlah,sebelum ni aku kan busy. Masa kat matriks, cuti sem pun 2minggu je.hahaha..kelakar betul. Habis matriks, kerja. Konon nak rehat,tapi mama plak offer kerja baik untuk aku. Kerani Operasi. Budak yang hanya ada takat sijil SPM je jadi kerani. Memang haruk la kerja tu aku buat. Lebih2 lagi xde basic akaun. Nasib kena train sebelum betul2 pegang jawatan tu.huhu. Nampak macam simple kan kerja tu? Tapi berat tanggungjawab aku, kena uruskan gaji2 pengawal. Lari seposen pun, tipon opis bunyik2 tanya kenapa gaji xcukup seposen. Cehhh.. Nak je aku cakap,seposen tu aku guna beli aiskrim mesia. Hahahaha XD


Tapi dari situ,aku dapat memupuk sifat kesabaran dalam diri. Pertama kali sentuh akaun, pening seiyh. Serious. Tapi aku hebak. hahaha. Kalau x,macam mana orang atas boleh luluskan kiraan gaji aku sedangkan time tu aku dah perasan aku ada buat silap. Aku just malas nak betulkan,jadi aku submit je.hahaha. Budak yang ambil akaun tau lah betapa seksanya hidup kalau akaun tu xbalance kan.hahahaha. Alhamdulillah.. Masa sem 1, akaun aku dapat A-walaupun aku ni xde basic. Hahaha. Tapi,mungkin pengalaman kerja tu yang bantu aku serba sedikit.heeee


Budak sains sentuh akaun memang orang pandang rendah sikit. Tapi aku dah buktikan, aku boleh ! huhu ...Alhamdulillah...



Suasana tempat aku kt opis.

Cakap pasal cuti. Lepas SPM,aku xmenikmati pun cuti lama..huhu..Biasalah,remaja nak merasa pegang duit sendiri.heee.. Ingat lagi,masa lepas SPM..Aku dan BFF cari kerja. Siap sanggup suruh orang tu ambil kami berdua kerja dan xkisah kalau gaji dibahagi dua...hahaha..Kesetiaan BFF jelas kelihatan.. X)
Pengalaman kerja sebagai penjaga butik pakaian kanak-kanak memang sangat beharga. Berkenalan dengan orang yang lebih berusia,berkongsi cerita dan pengalaman. Tak kan aku lupa. Sentiasa segar diingatan.. Nasihat dan kata2 mereka mendorong aku untuk jadi insan yang berguna kelak.. Ingat lagi kata2 seorang pakcik kedai spec, MUTIARA OPTICAL. 'Pakcik tengok korang berdua ni, pakcik dapat tengok korang ni akan jadi orang berjaya' ..hee..insya-Allah...aamiiinn...

Tetiba teringat kata2 seorang ustaz ni,aku pernah jumpa beliau. Beliau sendiri ada kata, melalui percakapan aku,aku boleh pergi jauh kalau aku teruskan usaha..insya-Allah.. Buat pendorong semangat.

Alahai,kenapalah time aku tengah kusyuk menaip,dengar plak bunyi macam2..Adehh, come on la..Sebelum ni aku tidur lambat,xtidur ke xde plak nak kacau..huhu..


Tak kira,aku nak sambung gak menaip.hahaha. Ok, lepas je 2bulan if I'm not mistaken kerja kat butik tu,kami tekad nak cari kerja lain sebab gaji yang ciput..Bayangkan 500/2 jadi RM 250 seorang. hahaha. Masa mula2 nak cari pengalaman boleh la terima. 

Then, kami dapat jugak kerja yang sama,buat marketing Celcom Broadband. Mula2 kitorang kerja area Negeri Sembilan je. Lama2 kena transfer kerja KL. Gila x, ulang-alik Seremban- KL hari2 naik skuter?..huhu..Mula2 jela naik bas,train..Lama2 duit habis kat situ je,ktorang decide nak naik skuter..heee XP


Sekarang fikir, heishh beraninya aku dulu. Dulu,xde plak rasa macam tu.hahaha. Biasalah remaja meningkat dewasa yang masih mencari identiti diri lagi masa tu. Masa kerja kt KL,macam2 jugak cabaran dan dugaan yang mengajar aku erti kesabaran secara xlangsung dapat menilai pelbagai ragam manusia sana-sini. Memang ketika itu,aku menjadi silent observer sambil bekerja.heee..Dapat mengajar kami mengenal erti kehidupan sebenar. 

Bercakap dikhalayak orang ramai melatih diri kami mengikis sifat rendah diri dan malu yang melampau..huhu..

Pengalaman dan pengalaman. Tak kan pernah aku lupa. Masih segar diingatan aku setiap peristiwa yang telah mengajar aku jadi orang sekarang ni bukan binatang.huhu

Maklumlah,sekarang ni terlalu banyak sangat binatang bertopengkan manusia... Sampai kadang2 aku berkhayal yang kucing tu adalah manusia yang bertopengkan haiwan.hahaha..Kucing yang xde akal pun pandai jaga anak,sayang kan anak..Ni kan pula manusia yang subur,yang mampu melahirkan zuriat tapi sanggup buang anak macam buang sampah. Apa kejadah. Nauzubillah..

Kekadang,kita xboleh cakap orang lebih..Nanti balik pada diri sendiri.. Hidup ni macam roda. Ada masa kita di atas,ada masa kita di bawah. Sekali kita berjaya, xbermaksud kita berjaya selama-lamanya. Sekali kita gagal,xbermakna kita xde peluang untuk berjaya. Dan satu pepatah yang aku ambil dari novel Setia Hujung Nyawa, Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yangberdosa yang tidak mempunyai masa depan. 


Herm..panjang dah rasa aku bebel2 ni.. Kang all out lebih2, esok lusa xde idea dah. hahaha..ok,laa..Masa untuk gerak ke kamar. Acececeh..Selamat menikmati baki cuti lagi 2minggu..heee.. XP ..Tetiba rasa xsabar nak bukak sem.. hahaha. Rindu Kangar dan Simpang Empat ! hehe..Wassalam.



/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com