Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Sunday 20 May 2012

Awas, anda dalam perhatian wahai SPAMMER !

Assalam. .


Sebelum tu, sesiapa mahukan RM 200 silalah klik di sini .


Aku amat berterima kasih kepada seorang blogger ( wangsablogger ) kerana telah menaikkan rating nama blog aku secara tidak langsung.Hee..



Spam a.k.a Stupid Pointless Annoying Message dan dari sudut bahasa, 
Pesanan Yang Bodoh, Tidak Munasabah, dan Menjengkelkan .


Dalam senarai tu,aku yang ke-292 daripada keseluruhan dalam 700++ ..hee
Kalau pandang dari sudut positif, boleh jadi aku wajar berasa bangga dan jika 
dipandang dari sudut bertentangan, aku wajar berasa sedikit #$@*& ..haha.


Aku ingin memberi penjelasan bahawa apa yang aku copy paste dan sebarkan itu
adalah salah satu perkongsian maklumat yang memberi keuntungan secara pasif.
Tak tahu pulak,bahawa memberi tahu orang ramai tentang satu contest yang 
menjanjikan pulangan adalah SPAM.hee.Maaflah ye. XD


Aku akui, begitu cepat proses perkembangan blog aku walhal tak sampai sebulan
pun lagi aku create blog ni.hee.
Kalau korang nak check senarai blogger yang hot boleh la klik di sini .
Anda harus sedar,anda dalam perhatian.Ada yang mengawasi tingkah laku kalian. :)

Sunday 13 May 2012

Hari ini.

Assalam. .


Selamat hari ibu kepada sesiapa yang sudah bergelar ibu..hee
Tiada apa yang menarik yang aku hadiahkan buat si ibu,cumalah kerja-kerja rumah yang tertangguh aku perselesaikan..hee
Dan cuma memasak untuk dinner tadi.
Hope,my mom senang hati..haha.


Sebelum tu,like usual sesiapa ingin memiliki RM200 jom klik di sini . XD


Hari ni aku ke kampung,dah lama rasanya tidak berkebun dan memanjat pokok.haha.
So, petang tadi aku memberi alasan ingin membalut buah cempedak yang belum masak semata-mata untuk panjat pokok.haha.Best gila ! XD


Bukan senang nak senang
dan bukan susah nak susah.. XD


Bergambar sesampai je di kampung.. XD

Aku akan mula kerja Selasa ni.hee..Akhirnya aku diterima jugak selepas interview dan hantar resume last week.haha
Bukan main terkial-kial aku nak siapkan resume tu.Maklumlah, first time kan.hee
Walaupun kerja untuk 3 bulan setengah saja,aku anggap itu sebagai pengalaman.
Pengalaman tu sangat penting dalam usaha untuk menjadi seorang yang cemerlang 
di dunia dan sejahtera di akhirat..Aceceh..Bermadah pulak..haha

Ya Allah,pada waktu yang sama aku tetap berasa gementar menunggu result yang akan
keluar tak lama lagi..hee..


Friday 11 May 2012

Jangan sibuk cari identiti diri tapi cuba jadi diri sendiri .

Assalam. .


Kali ni, aku menaip dengan perasaan gusar tambah celaru ditambah lagi beribu persoalan yang belum terjawab.
Aku tahu,aku bukanlah seorang hamba yang baik,aku tahu aku bukanlah seorang umat yang baik,aku tahu aku bukanlah seorang anak yang baik,aku tahu aku bukanlah seorang sahabat yang baik dan aku tahu aku bukanlah seorang saudara yang baik.


Aku takut dan aku gerun pada setiap perkara.Kadang-kadang keyakinan diri itu tenggelam disebalik kekuatan.Aku menjadi bimbang dan curiga serta-merta setiap kali mata-mata sibuk memandang dan adakala aku menjadi riak serta-merta setiap kali mata-mata memandang.Aku terus mencari identiti diri walaupun ada yang kata; "Jangan pernah mencari identiti diri malah jadilah diri sendiri" .


Mungkin ada kebenaran kata-kata tersebut.Ramai kata mereka sering nampak aku gembira dan cool setiap masa,tetapi ramai tidak pernah sedar betapa banyak sakit yang aku rasa.Aku selitkan kesakitan disebalik senyuman sebab aku pasti senyum itu dapat memberi aku kekuatan malah menjadi penawar sementara buat sakit itu.


Ragam yang pelbagai oleh orang sekeliling banyak membantu aku dalam usaha untuk mencari maksud sebuah KEHIDUPAN yang sebenar.Namun pengalaman ini masih belum mencukupi untuk dijadikan bekalan buat aku untuk tempuhi segala cabaran suatu hari nanti.


Namun di sebalik keraguan dan ketakutan, aku memegang satu ayat daripada seorang ustaz ; "Saya yakin,kau boleh berjaya suatu hari nanti insya-Allah"..
Ya ! Aku yakin aku mampu untuk berjaya !
Kegagalan bukan penamat hidup malah adalah satu permulaan.



Monday 7 May 2012

No hard feelings.

Assalam. .


Sebelum tu,sesiapa mahu bersaing dengan aku untuk mendapatkan RM200 klik di sini .


Hari ni aku dengan cousin aku duk hang out .Heish, lama rasa tak hang out tengok wayang bagai..hee.
Sebelum tu,aku da bagi kat runner aku sample coklat yang aku buat.So, mudah-mudahan pandailah dia promote segala product yang nak dijual..hee XD


Cousin aku ajak pakwe dia (Indonesian) join sama dan aku macam biasalah sesorang jelah kan..haha XD (dorang ni ada konflik cinta sikit) hee..
Sesampai je Jusco, aku terus ke wayang dan berfikir terus berfikir nak tengok cerita apa.Heish,macam bosanlah pulak.Atas sebab cousin aku belanja,keputusan terus dibuat.'Berani Punya Budak' punya rezeki kali ni.Mula-mula rasa macam kelakar,tapi lama-lama macamlah bosan.


Duk sibuk tengah melantak,tetiba dapat call dari sesorang yang macam tak kenal tapi kenal.haha.Adehh,kawan mak aku rupanya..XD
Macam pelik jugak sebab dapat call dari orang yang berusia ni. XP Maaf,kakak.
Alhamdulillah,akak tu call sebab nak offer kerja sebagai officer .
Jadi kerani pun bolehlah kan sementara menunggu result..haha..Adeh,aku sakit
setiap kali cakap pasal result.Adeh,sakit lagi.hee


Alhamdulillah rezeki aku, kesian sesiapa yang mencari tapi masih tak dapat-dapat kerja sedangkan aku yang tak mencari ni dapat.Murah rezeki aku disebalik kehilangan cincin emas rotan semalam.. :(


Lepas jenjalan kitorang menyibukkan diri dengan bergambar.. XD


Sesaja..XD


Happy dapat kerja :)


Weiyh,aku malu. Macam tak percaya je.haha


Relax lah dulu,aku unstable state ni !


Penuh dengan konflik..Sadis ! XD


Haa,ni pakwe cousin aku punya kerja.
Bukan garfu je eh jatuh,malah sudu pun.haha
Tak tau apa masalah dia,serious ! XD


Buat adindaku Nadia,
Adeh, aku da termasuk jerat kau duk melayan lagu-lagu jiwang.Sengal !
Jangan pengaruh aku lah ! Aku sekarang ni no hard feelings ,belum tiba masa aku untuk hard-hard feelings ni.Please .












Sunday 6 May 2012

Aku ditikam sebelum ke i-City. .

Assalam. .


Sebelum tu,sesiapa mahu bersaing dengan aku untuk dapatkan RM 200 klik di sini .
Dah lama rasanya tak update blog ni.hee..Semalam aku tak diberi kesempatan langsung untuk menyentuh apatah lagi switch on komputer riba ni.haha.Sakit.


Semalam adalah hari yang paling bersejarah aku diberi peluang sakit perut yang amat.Tiba saja di Dewan Masjid Salahuddin al-Ayubi,Taman Melati Gombak kami disambut ala-ala glamour dengan silauan flash kamera.Setelah bersalam,cium dan peluk tuan rumah, mata aku terus tertumpu pada suatu tempat yang aku rasa tempat itu boleh membantu aku menghilangkan kelaparan yang amat.Kelaparan membuatkan aku tak sedar langsung ada seorang kanak-kanak duk sibuk berkepit dan memegang tangan aku.


"Akak,tolong ambilkan lauk untuk Qalesya.." Suara sedih sayup-sayup kedengaran melintasi gegendang telinga aku.
"Haa?..Baiklah." Aku seolah-olah terpukau akan suara sedih itu.Haha,maaflah ye,ayat aku ni sedikit gramatis dan aku menyerapkan sedikit unsur hiperbola kerana hari ni aku ting tong sedikit,pening kepala yang belum hilang lagi akibat menaiki Pirate Ship di i-City lewat malam tadi.


Balik kepada cerita tadi,kami terus makan dan makan sehinggalah otak aku memberi signal kekenyangan.Kami terus pulang ke Klang lepas melihat sepasang pengantin duk makan beradab,Kononnya mahu singgah ke Jalan Tar tapi kami terus membatalkan niat itu kerana isu BERSIH masih hangat dan khuatir akan itu.haha.adeh.Ting tong sangat dah ni.


Balik-balik je,aku terus dipengaruh oleh sedara-sedara aku untuk melakukan business MLM cokelat.Oh,tidak ! Memang sekarang ni aku dibawah pengaruh tu pun.Lagipun,ada orang nak sponsor modal kan.Memang aku on jelah.Terima kasih bebanyak wahai insan yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan 10.5 hari..hee..


Yang menjadi masalah besarnya,dimulai dengan abang sedara aku mengalami sakit perut yang sangat dan disertai oleh aku,makcik aku,kakak sedara aku dan yang lain-lain kecuali orang yang bertuah saja tidak senasib kami..haha..XD


Sakitnya,seperti ditikam bertubi-tubi oleh pisau yang amat tajam..hee XD
Menurut yang berpengelaman,ada juga kata sakit itu seperti wanita yang ingin melahirkan anak.So, kira beruntunglah aku dapat merasa sakit itu sebelum tiba masanya.haha.. XD
Dalam pukul 11.45,if I'm not mistaken anak-anak muda bergerak senyap-senyap menaiki sebuah kereta terus ke i-City.


Lepas puas merantau menaiki Spacewalk, setelah berpusing-pusing dan bergayut kat Super Swing, dan bergayat di Pirate Ship kami mengambil kata putus untuk pulang.Pukul 2.30 pagi barulah kami meninggalkan tempat itu.Dahlah tengah-tengah pening ni,tetiba boleh pulak sekumpulan manusia ni buat perarakan di pagi-pagi buta ni.Apa perasaan korang kalau berada kat tempat aku?.Heish,lagi malang polis buat sekatan jalan in other words,road block .Perut yang sedikit elok,seolah-olah menjemput sakit itu datang lagi.


Okay,aku tengah berkobar nak buat cokelat ni.hee..Semoga cokelat aku menjadilah ye..haha XD



"Saya bukan blogger yang pro-pembangkang mahupun pro-kerajaan."

Friday 4 May 2012

Detik 1.00 pagi . .

Assalam. .


Like usual,waktu-waktu macam ni bukan waktu tidur aku.Al-maklumlah
saya budak yang senang-lenang sekarang ni,duk sibuk mengisi masa-masa
cuti selama empat bulan.haha.Tapi,tak ada siapa yang tahu betapa
khuatir tambah gerun menanti hari-hari result aku yang akan keluar lebih 
kurang 3minggu lagi.Sadis !


So,untuk menghilangkan perasaan jahat tu,aku cuba menyibukkan diri
berblogwalking dan masuk apa-apa contest yang aku rasa probability 
untuk aku menang tu sangat tinggi.. XD


Duk sibuk berblogwalking, tetiba terdengar..Grrrr..Grrrr..Grrr..
Aku menjadi pelupa sejenak "Eh,aku ni kat zoo kah?" haha..XD
Serious,bunyi tu macam harimau yang tengah mengintip anak dara
yang tengah sibuk online.Opss..


Aku memang berani,so sesaja melawat dapur sambil melintasi bilik ayahku.
Ceh,rupa-rupanya bunyi tadi datang dari ayah.Agak pelik sebab ayah aku jarang keluarkan bunyi pelik-pelik ni.haha.Selalunya lah my mom.haha..Sorry to say ma !


But,tonight aku harus tidur awal.Bukan sebab bunyi pelik tu yang menganggu aku
tapi esok awal pagi aku harus drive ke Klang then terus ke Gombak untuk menghadiri
suatu wedding ni.Okay,so sesapa rasa nak bersaing dengan aku untuk mendapatkan 
RM 200,jom klik di sini .




Aku : Asal aku letak gambar ni?
Korang : Tah kau,pahal ah?
Aku :saja nak bagi korang takut (jawab dalam hati)
Aku :takut tak?..XD

Aku tak suka dengar bunyi pelik-pelik ! XD

Nak seromantik Schawal boleh?.. XD

Assalam. .


Nak seromantik Schawal boleh?.. XD..Kalau boleh nak lagi romantik..haha
Apa-apapun tahniah buat Scha dan Awal yang akan bernikah malam ni. :)


For me,bukan senang nak tawan hati seorang jejaka yang perfectionist macam Awal.
Scha patut berasa bangga sebab berjaya menarik hati Awal. yang boleh jadi seorang yang agak cerewet .hee
Bukan nak cakap apa,aku dah biasa sangat hidup dalam kalangan lelaki yang perfectionist ni.Kalau boleh,semua benda nak seperfect yang boleh.
Bukan senang nak tawan hati dan selongkar cita rasa dorang.hee..Tetapi senang bekerja dengan orang yang perfectionist ni 
sebab dorang lebih bersungguh-sungguh dan tak ambil mudah dalam sesuatu kerja 
yang diberi.


Dorang tetap sweet ! Aku berkenan sangatlah dengan character Scha yang aku
rasa dia ni tak sama dengan artis-artis lain.. XD


Tahniah Schawal !


And me?haha..Tak sabar sangat nak tunggu bulan November ni ! Tak sabar nak jadi
pengapit ( for the first time nya ) untuk my cousin .Hee..
Tak sabar juga nak tunggu esok !hee..Nak pergi wedding saudara jauh .haha.Bukan
excited nak pergi wedding tu tapi excited nak lepas rindu yang amat
kat my cousin and family members yang lain..(Korang tau kan feel tu )..hee..

Post terakhir arwah Bob Kuman di Facebook.

Assalam . .

Adehh,kaki baru saja  elok selepas mengalami kesengalan dan terseliuh akibat kelasakan yang amat ketika tidur..haha.Macam tak percaya je pagi tadi bangun awal dalam pukul 5.30 pagi..haha..Tak lena tidur sebab pergerakan yang terbatas (akibat kaki sakit sangat)..hee..Alhamdulillah sakit tu hilang selapas diurut menggunakan minyak but-but dan tuam dengan air panas.

Cakap pasal sakit,tak taulah kenapa lately ramai betul yang sakit.
Heboh berita tentang Zizan yang dimasukkan hospital sebab mengalami kekajangan.Tapi semalam ada terbaca satu artikel kata,Zizan dah keluar dan mendapat cuti rehat 2minggu.
Apa-apapun semoga yang terbaik buat Zizan..Malam ni ada Super Spontan kan?..Agak-agak Zizan ada tak ye?..Bukan apa,seriously aku suka sangat dengan lawak beliau.Hee.Kelakar yang amat even sometimes tu dia agak over acting.haha.

Semalam,khabar Bob Kuman meninggal dunia menjadi bualan di setiap bibir ke bibir.Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Aminn..
Then, tadi terbaca artikel tentang post facebook Bob Kuman yang terakhir.


Bagi sesiapa yang mengenal arwah,halalkanlah segala yang telah diberi dan maafkan arwah sekiranya ada silap salah atau terkasar bahasa..
Mati tak mengenal usia dan tempat.Bagi yang sakit,kita patut bersyukur sekurang-kurangnya kita dapat peringatan-Nya.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.. :)

Thursday 3 May 2012

Sesapa nak RM 200, jom baca !

Assalam. .








Duk sibuk aku berblogwalking tetiba terserempak tentang satu contest RM 200 bersama http://www.careeron9.com/ .


Tetiba tersentak nak join pulak contest ni.heee..
Contest ni bermula hari ni, 3 MEI 2012 sehingga 31 MEI 2012 .Manakala keputusan akan
diumumkan pada 5 JUN 2012 .


Contest ni simple je..korang just follow 5 steps.. Kalau nak tau apa yang perlu korang buat,just click pada RM 200 ! kat atas gambar duit tu,okay. :)




Sesiapa nak join contest ni silalah klik di sini.
Tak rugi apa-apa pun kalau cuba .Tak salah kan kalau mencuba ?
Mana tau tu rezeki kita ! XD

Good Luck !








Wednesday 2 May 2012

Yang hilang dah jumpa .

Assalam. .


Hari ni aku bangun sedikit lewat akibat kepayahan untuk tidur malam tadi.Lebih kurang pukul 3.30 pagi kot baru boleh tidur .heee.Heish, mungkin terlalu banyak perkara yang dirisaukan, lebih-lebih lagi result yang akan keluar dalam sebulan lagi.Heish,semoga aku  berjaya.Amin..


Duk bangun je tadi, terus bukak peti ais.Okay nampak coleslaw, tu lah sarapan aku pagi ni.heee.Petua aku, setiap kali bangun tidur aku wajib minum seteguk air sebelum berus gigi.Mungkin ada yang geli,tapi sebenarnya banyak kot faedah yang boleh kita dapat even dalam jangka masa yang panjang.Contoh macam sembelit, buasir,cirit-birit dan kencing manis.Kenapa boleh macam tu?..Sebabnya,enzim yang terhasil semasa kita tidur (senang cerita air liur basi) sangat-sangatlah berguna dalam proses penghadaman atau kata lain,cuci usus kita..Kesannya,dalam beberapa minit je selepas minum air tu confirm terasa nak ke tandas.hahaha.Selamat mencuba !


Then, selesai je apa-apa yang patut terus bukak lappy (tu jelah kerja aku sepanjang cuti ni kan.hahaha).First sekali mestilah bukak Facebook.haha.
Tetiba ternampak pulak satu artikel,Nayati Shamelin Moodliar, seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda berusia 12 tahun diculik sekumpulan dua lelaki di hadapan sebuah sekolah di Mont Kiara, lima hari lalu telah dijumpai dengan selamat. Menurut maklumat Nayati dijumpai pada pukul 7.30 pagi tadi di Rawang.


Motif penculikan belum diketahui dan masih dalam sesiatan.Herm,agak-agak kenapa ya budak kecil ni diculik?Dan dijumpai selamat?
Apa masalah si penculik ni?haha..Apa-apapun nasib baik semuanya selamat. :)



Mengenal cinta palsu .

Assalam. .


Kenyang hari ni malam tadi makan KFC yang dibeli menggunakan baucer 
TM Rewards .Haha.Untung ada orang nak belanja.Terima kasih bebanyak 
buat my mom.Malam tadi,teman beliau ke rumah seorang saudara se-Islam ni 
nak bincang pasal surat dari peguam atas satu kes yang tak perlu kot tau.
Kesian beliau sebab terpaksa tanggung hutang orang 7K gara-gara 
jadi penjamin kepada seorang pemiutang, nasib baik si pemiutang dah berjanji
nak bayar.Kalau tak,memang aku rasa macam nak cekik-cekik je.Kalau 
betul-betul susah tak apalah,ni tak nak kalah.Rumah nak banglo je,tv nak 
LCD aje.Sabo jelah ! Tak semua orang kita boleh percaya,tak gitu?


Merujuk pada tajuk entri ; lately ramai pulak jejaka hadir duk sibuk nak
menyunting diri.haha.Bukan nak perasan atau berbangga okay,tapi cuma
sedikit khuatir dan rimas especially yang kita dah tau tak ikhlas. :(
My ex-classmate came to me again after a year .Katanya nak buat calon
isteri?heee..Boleh percayakah? Nak percayakah


Then, diikuti dengan beberapa jejaka.Tak perlu ceritalah kan.Pengalaman
dan pengalaman betul-betullah dah cukup mengajar aku supaya bijak
memilih selepas ini.Sumpah serik ! Sudah ! Titik. XD
Sakit tu, hanya Allah jelah yang faham. :)
Papepun,aku still bersyukur sebab Allah tunjukkan yang dia memang 
betul-betul tak layak untuk aku.haha. XD


Daripada berdua menjadi.........

............menjadi empat...................

seolah-olah macam aku 'sakit' atas kegembiraan orang lain....

Lalu aku melangkah pergi sambil tersenyum.. :)

Kejap ! Sebelum salah faham .Err maybe dalam gambar ni aku nampak sedikit pendek,tapi actually tinggi aku 160cm okay.Member aku ni je terlebih tinggi,175cm.Huh,lega .

Heip, gambar-gambar ni hanya perumpamaan je okay.Tak ada kaitan pun dengan
masalah aku cerita tadi..haha XD 
Just nak tunjuk flow nya..
So, tadi sibuk-sibuk berblogwalking tetiba terbaca Ciri Cinta Palsu dan Tips
Mengatasi Cinta Palsu,kalau nak baca,boleh klik di di sini . :)

So,buat kaum hawa terutamanya.Janganlah tersungkur dengan cinta nafsu orang yang
tak ikhlas okay.Ni tak ada kaitan dengan sesapa lah,just nak bagi nasihat.. :)

Aku dengan bestie pernah kot tertipu dengan pakcik tua berumur 40-an.Ingatkan
bolehlah beri tunjuk ajar ,rupa-rupanya hampeh !
Pakcik tu boleh pulak mesej member aku dengan panggilan 'sayang' bagai.
Euw,geli ! Sumpah ! Tak padan dengan umur.Lebih geli lagi pabila pakcik tu ajak
beradengan seks tidak senonoh.Heish.Dah,tak nak cerita.Sadis ! 

Beza Satu Kilo ?. .

Assalam. .


Satu, dua, tiga, empat, lima. What? 5 kali pasang (masuk dan keluar) tandas?.
Heish,tah berapa banyak kilo agak nya erk dah turun?..haha..WTF ! 
Err,What The Funny (WTF). XD
Apakah banyak sangat E.coli yang aku dah telan ni sampai 5 kali pasang (keluar dan masuk) tandas?..haha..Apa itu E.coli?..Bagi sesiapa yang kurang yakin apa itu E.coli,
sila klik di sini.
Atau apakah kesan daripada pengambilan ubat cacing last two days?..Hermm..


Apapun,yang pasti berat mestilah dah berturun even 1kg 350.5g kan.haha.
Tetiba teringat ada seorang member laki aku ni berani mati 
buat statement yang berat dia dengan aku cuma beza satu kilo?..
Excuse me,bro jauh okay beza berat kita.Tak payah nak perasan sangatlah kan..
XD..Oo,so memang betullah lelaki yang ada rupa ni memang kuat perasan?..haha.


Dia kata, dia telah berjaya maintain kan berat badan dia 65kg .Okay, baiklah 
tahniah buat beliau ! XD


Haa, ada seorang lagi member laki aku ni ;sanggup berlapar semata-mata ada 
orang kata muka dia dah tembam?Walhal shape badan dia tak delah 
menggambarkan yang dia ni overweight.Kejap, adakah lelaki yang 'terlalu' 
menjaga atau obses dengan berat badan ni dikategorikan metrosexual?
Apa itu metroseksual?..Boleh klik di sini .


Excuse me,tak semua lelaki yang metroseksual ni gay.Jangan salah faham ye.hee
Tak bermakna nak buang lemak sebab nak kacak,nak cantik,nak lawa.
Banyak advantages berat ideal ni antaranya kita boleh maintain kesihatan kita
ditahap yang optimum.Am I right?..
So,sesiapa nak tips bolehlah dapatkan petua dari Ben Ashaari di sini .




Sesaja.haha. XD



/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com