Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Friday 15 February 2013

University of Life.

Assalam...

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah...



Sejak dulu aku senang mengamati kehidupan. Aku selalu tertarik menjadi seperti life observer, sejak aku menemukan fakta bahawa sebahagian besar manusia tidak seperti mereka tampaknya dan begitu jugalah sebahagian lagi yang salah memahami.
Sesuai dengan kata pepatah Inggeris :
Don't judge people by their covers, most of their books are still being written.
Don't judge people by their clothes, wait till they are naked.hehe

Di sisi lain, manusia begitu gampang sekali menjatuhkan penilaian, judge minded.

Ternyata apa yang ada di dalam kepala otak manusia seukuran buah kelapa yang lebih kompleks daripada galaksi-galaksi dan kawan, di situlah daya tarikan terbesar menjadi seorang life observer .

Sekarang ni, hanya satu pekara yang sibuk bermain di fikiranku. Aku ghairah menemukan kelasku di Kangar. Mahasiswa- mahasiswa daripada pelbagai bangsa di dalamnya membuat kelasku seperti sebuah makmal perilaku. Kelasku bukan sekadar ruang untuk belajar ilmu yang tertulis dalam silibus tapi juga univesity of life.

Oh, berdebar-debar rasa jantung ini untuk menapakkan kaki ke kuliah yang bakal bermula Isnin ni. Debaran seperti sepasang pengantin yang tidak sabar menunggu malam pertama. Hee

Bermulanya azam baru untuk mendapatkan dekan untuk sem ini. Mudah-mudahan azam itu tidak terus bertukar menjadi tahi ayam yang sering menjadi baja buat pekebun-pekebun kecil. 

Cukuplah coretan ringkas sebagai salam pembuka untuk sem ini.
Soal hati? Oh, I'm just singing myself a quiet lullaby. heee


Wassalam.

Thursday 14 February 2013

Amarah .

Assalam...

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah..

Marah merupakan salah satu jenis perasaan dan mempunyai tahap yang berbeza mengikut cara seseorang tu mengawal nafsu amarah. Ada empat jenis manusia yang mempunyai tahap marah yang berbeza.


  • Cepat marah, cepat reda.
  • Cepat marah,lambat reda.
  • Lambat marah,lambat reda.
  • Lambat marah,cepat reda.
Agak-agak lah kan,korang kategori yang mana?heee. Aku pun muhasabah diri balik.
Seriously, aku memang takut dengan orang yang sedang marah sebab amarah membuatkan mereka tidak mempu berfikir panjang. Macam-macam boleh jadi.

Nak tanya, pernah tak korang rasa susah nak bernafas sekali-sekala? Bernafas tu boleh,tetapi nak tarik nafas dalam-dalam tu payah atau rasa menguap xpernah sampai? Bila dah kena, mulalah fikir macam-macam. Rasa ada sakit jantunglah, jantung berlubanglah, saluran pernafasan tersumbatlah dan sejenisnya.
Tetapi bila dah biasa kena, terasa benda ni macam bermusim. Bulan ni kena lepas tu elok balik. Then, tahun depan kena lagi.

Ok,fine. Actually, itu adalah tanda-tanda korang sebenarnya sedang marah. Sifat marah yang korang xpernah perasan kehadirannya tetapi ada. Boleh jadi,korang makan hati dengan classmate ke atau sesiapa je tetapi korang xmampu nak luahkan. Boleh jadi korang xsampai hati nak luahkan marah atau korang ni jenis yang suka jaga hati orang? hehe..

Nafsu amarah ni kena kawal dan kalau boleh cegah sebab amarah mendatangkan penyakit. Tak pasal-pasal boleh mati sebelum ajal.heee Ya, mustahil kita boleh lari dari sifat marah yang merupakan salah satu norma. Tapi kawallah sebelum memudaratkan diri. Bila rasa nafsu amarah nak datang, cepat-cepat lah beristighfar .Mungkin mengambil masa. Xdelah,sekali je sebut astagfirullah terus hilang marah tu.huhu. Benda ni semua take time. Kalau nak lebih cepat, berwudhuk terus solat. Insya-Allah kekusyukan boleh bantu melupakan amarah. :)

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu,jika salah seorang daripada kamu marah,maka hendaklah dia berwudhuk (mengambil air sembahyang). - Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad.
Minta maaf dan memaafkan.
Kesalahan yang kita buat secara garis besar berimbas pada dua hal iaitu kesalahan pada diri sendiri dan kesalahan pada orang lain. Memaafkan mampu mengelap kemarahan diri pada orang lain. Insya-Allah. 
Ya,bukan senang nak memaafkan. Tetapi kita juga yang untung, xsakit hati.hehe.. Benda ni semua take time tetapi yang paling penting,memaafkan.. :)

Dulu selalulah jugak rasa susah nak tarik nafas dalam masa kat matrik dulu. hehe. Jadi mangsa fitnah orang. Xpasal-pasal orang pandang buruk atas kita lebih-lebih lagi time study week.Mulalah hilangnya fokus belajar. Pergghh,seksanya Allah je yang tahu.hehe. Tapi lama-lama perasaan marah tu hilang.


Kalau korang tengok cermin masa marah.
Dan hasilnya macam ni, agak2 jadi xmarah?.hehe
Chucky comel ! huhu.




Insya-Allah kita boleh. :)

Wassalam.


Monday 11 February 2013

Allah is writing your story ...

Assalam..

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah...

Singgah menaip untuk membicarakan pekara yang telah lama terpendam sejak tiga hari lepas. Bunyinya macam xlah lama sangat, tapi apa kata kalau kita ubah dalam saat atau minit. 259 200 saat atau 4320 minit. Ada sedikit perubahan? Ya, mungkin bunyinya seakan-akan lama. huhu

Tiga hari lepas, aku ke Port Dickson untuk membuat persiapan pertunangan abang sedara aku. Herm,terasa masa berlalu begitu pantas. Aku drive sepanjang perjalan ke Port Dickson sambil terbayang saat2 aku dan sedara2 ku bermain galah penjang di halaman kampungku sewaktu berusia sebatang jagung. Tersengih aku apabila teringat aku dipulau oleh abang2 dan kakak2 sedaraku yang menghalang aku untuk bermain galah panjang. Alasan mereka,aku tidak pandai bermain. Masakan budak berumur 6 tahun reti bermain galah panjang. Now, aku sudah mencecah angka dua di depan. Ternyata kini abang2 dan kakak2 sedaraku masing2 sudah berumah tangga. Mengikut kiraan, ada lah baki dalam 3,4 orang lagi yang atas aku belum mengikat tali pertunangan atau berkahwin.hee


Sebelum merapu lebih, baik aku start. huhuhu

Malam tiga hari lepas,kakak sedara aku dan suami mengajak aku dan seorang lagi sedara aku ke pantai untuk melepak sambil memerhati keindahan malam ciptaan Allah. Kitorang makan sambil sibuk bercerita. Suami kakak sedaraku adalah seorang pencermah bebas. Bermula dengan sedaraku bertanya mengenai hal arak. 

( Sekarang ni,macam2 berita kita dengar mengenai artis2 yang tidak mendapat restu untuk berkahwin. Xpayah la mention erk..huhu )

Tetiba aku teringat akan sesuatu perkara. Mungkin ceritanya tidak perlu aku kongsikan. Cukuplah sekadar persoalan yang aku tujukan. Adakah berdosa bagi pasangan yang kahwin lari kerana tidak dapat izin keluarga?

Bermulalah hujah2 yang diberi oleh En.Shukri. Mungkin xsebulat2 yang dihujahkan tapi cukuplah sekadar isi. Adakah hubungan si anak perempuan dengan ibu dan ayahnya masih terikat sebelum berkahwin? Dan adakah hubungan si anak lelaki dengan ibu dan ayahnya masih terikat sebelum berkahwin? Jadi apakah hukum bagi seorang anak mendengar kata ibu dan ayah selagi tidak melanggar hukum dan syarak agama?
Anda tahu jawapannya. 

Tetapi sekiranya tanpa berkahwin dengan pasangan idaman itu boleh memudaratkan diri seperti gila,sakit dan sebagainya maka berkahwinlah dengan syarat.
Allah mencipta manusia untuk tidak berlaku zalim. Sekeras-keras hati manusia,akan lembut juga. Maka pujuklah dan bawa berbincang untuk mendapatkan penyelesaian.

Dan aku terfikir,lalu aku bertanya. Adakah hubungan yang tidak direstu itu adalah tanda2 mereka tiada jodoh?
Jawapannya tidak. Boleh jadi itu hanyalah dugaan buat mereka. Jodoh itu rahsia Allah.

'KUN FAYA KUN' dalam surah Yassin ayat ke-82, be so it is! Maka jadilah ia.

Berdoalah. Jika si dia jodoh anda, maka pintalah pd Allah agar dekatkan dan satukan hati anda dengan dia. Jika tidak,maka pintalah agar Allah menjauhkan dan meleraikan hati anda dengan si dia.

If that person is our JODOH, say Alhamdulillah. If that person is not our JODOH, please let it go. Its faith from Allah.

Boleh jadi ketika Allah ambil sesuatu daripada genggamanmu, sedarlah bahawa Dia hanya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik. :)






Biar tulisan yang berbicara.
Wassalam.

Monday 4 February 2013

Monster- in -Law ...

Assalam..


Even cerita ni dah lama, tapi tetap best !


Korang pernah tengok movie ni x?..huhu. Seriously, cerita ni xpernah buat aku bosan even if berpuluh-puluh kali aku tonton. Cerita ni totally buat aku geli hati dengan telatah mertua yang cemburu terhadap menantu sendiri. hahaha.

Part yang paling lucu bagi aku, semasa mak mertua dia tidur dengan menantu..hahaha. Dia boleh pura-pura ngigau semata-mata nak balas dendam,habis dia belasah menantu dia yang tak pasal-pasal kena jaga mertua dia yang kononnya xberapa nak sihat.hahaha. Adeh. Dunia2..

Tetiba teringat..Tetiba lah masa layan cerita ni,macam mana lah aku nanti erk..
Agak-agak mertua aku,suka x aku?..hahaha..Xpasal2 je.. Kalau boleh,biarlah hubungan aku nanti dengan mertua aku baik-baik je. Saling menolong dan saling memahami dan yang paling penting,hubungan aku dan si suami direstui. Itu yang paling penting. Apabila hubungan direstui maka kebahagiaan rumah tangga itu milik bersama. Aceceh..hahaha. 

Apa pendapat korang?
Kalau hubungan korang dengan bakal suami/isteri xdirestui,adakah korang tetap akan berkahwin? Jawab-jawab. Memang merunsingkan,yelah korang bukan main lagi bercinta bagai nak rak, macam-macam benda korang da buat nak pikat buah hati,tetiba terputus sebab xdirestui?..huhuhu.. Sedih !

Jadi sebagai nasihat,sebelum korang nak go on dengan mana-mana lelaki atau perempuan,bawa-bawalah mereka berjumpa parents korang sebelum korang pergi stage yang lebih jauh. Biarlah parents korang kenal mereka sebagai kawan korang dulu sebelum mereka kenal sebagai calon suami/isteri korang. Errr, setuju x? huhu..

For me, kalau hubungan tu awal-awal lagi xdirestui, baik jangan go on. Sebab probability untuk bahagia tu memang tipis. Sangat lah tipis.huhuhu. Tapi janganlah cepat mengalah,xsalah kalau mencuba. Memujuk parents terlebih dulu kalau korang memang dah betul-betul tekad nak kahwin dengan si dia. Macam lagu Jason Mraz, I Won't Give Up tu.Boleh jadi,itu semua dugaan dan cabaran untuk korang yang bercinta. Ehem...hahaha..

Agak-agak siapalah erk bakal jadi mertua aku?..Herm..Macam manalah mertua aku nanti kan..hahaha..Berangan lebih ! Sedih betul.
Chill lah ! Aku baru 20 kot.Bukan 30.Lagi pun,aku ramai peminat apa..hahaha..Werk3 ! XP .. Eh,betul la..Classmate kat matrik tu masih tunggu aku.Tapi ni semua soal hati,mana boleh paksa-paksa suka kat orang yang kita xsuka. Nak pilih calon suami tu,biarlah yang terbaik sebab dia yang pimpin kita nanti. Dan si dia juga yang bakal jadi nakhoda dalam rumah tangga nanti.

So,life goes on. Tak payah la buat keputusan pelik-pelik sampai nak kahwin lari ni. Cari je yang lain,kalau dah memang betul-betul xde jodoh nak buat gane?
Nak ubah takdir? Eh, siapa korang yang nak ubah2 takdir ni? All these petunjuk dari Allah yang korang memang xde jodoh. Kalau betul-betul ada jodoh, kenapa Allah tunjukkan semua ni? Tiada restu dari ibu bapa. Tu semua petunjuk. Kita sebagai hamba yang lemah kena terima semua ketentuan. Kita hanya merancang,yang menentukan Allah. Manalah tahu kan, Allah nak pertemukan korang dengan orang yang lebih baik. :) ..

Errr,entri ni xde kaitan dengan sesiapa. huhu. Hanya memberi pendapat. :) 
Ni lah dia, apabila azra sudah berbicara. XD

Wassalam..

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com