Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Thursday 9 May 2013

Kita punya cerita .

Assalam..

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah...



Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul itu akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu adalah hati.

Allah mengurniakan manusia itu akal dan perasaan. Apabila bercakap perihal akal, semua akan menuju ke otak dan apabila bercakap perihal perasaan, semua menunding jari ke hati. Dua nikmat tuhan kepada hambanya dan ada kalanya disalah gunakan oleh makhluk bergelar manusia.

Pada dasar hakikatnya, hati itu perlu dijaga dengan iman. Akal yang bijaksana pun boleh menjadi bodohsini sekiranya hati yang rosak mula menguasai diri.
Seperti yang dijanjikan dalam surah al-Insaan ayat ke-2 ;

" Kami ciptakan manusia itu dari nutfah (campuran air mani) untuk kami menguji mereka maka kami jadikan kepada mereka (alat) pendengaran dan penglihatan ".  

Istilah cinta sebelum berkahwin benar tidak layak bagi pasangan yang sedar bahawa mereka mempunyai jantina yang berbeza. Jika pekara songsang ini masih diteruskan, maka cinta yang dibualkan tadi akan bersulamkan nafsu yang disertai oleh pihak ketiga dan pihak ketiga itu adalah makhluk yang bergelar iblis.

Tugas akal untuk menjaga hati. Sudah tentu yang bijaksana perlu menjaga seketul daging yang tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir tetapi masih berupaya untuk merasa. Tetapi harus diingat, rasa ini tidak seteguh tembok China maka haruslah ia dijaga dengan iman supaya menjadi lebih sempurna.

Aku yakin, ramai yang khuatir. Kalau tak bercinta atau istilah lazim, tidak couple sebelum berkahwin macam mana nak kekal? Ingatlah, jodoh itu rahsia Allah. Selama mana pun perhubungan itu, kalau itu bukanlah jodoh yang telah tertulis di Lauhul Mahfudz maka sia-sialah perhubungan itu.


Penulisan aku kali ni mungkin akan menimbulkan ketidakpuasan bagi sesetengah pihak. Dan mungkin ada yang memandang enteng terhadap aku. Ya, aku bukan seorang yang sempurna imannya tetapi insya-Allah aku sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. Rasulullah S.A.W ada bersabda,

"Dengarlah nasihat daripada sesiapapun walaupun dia seorang pelacur."


Wassalam .

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com