Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Sunday 30 June 2013

Ya, aku dah mati.

Assalam..

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah...

Saja aku public kan post ni kat Facebook. Niat aku untuk meramaikan lagi yang akan sudi baca blog ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Actually, entri ni memang saja aku adakan dan anggaplah ini sebagai salah satu persediaan sebelum aku mati.
Apa kau buat ni Azra?  (Ya, first time aku mention nama aku kat blog ni.)

Sebabnya macam ni mengikut kronologi :
Si A : Aku dengar seorang budak yang satu school dengan kita tu dah meninggal erk?

Si B : Oo. Azra. Dia meninggal semalam. Budak school kita panggil dia Ara.

Si A : Azra? Yang mana eh? Tak pasti lah.

Si B : Kau buka fb dia, 'Syakirah's Pineapplecake' . Ada gambar dia tak silap.

Dan si A tu memang tak friends pun dengan aku kat fb lalu dia pun bukalah profile aku. 99% aku private kan dan hanya post yang mod public je yang si A boleh lihat dan salah satunya post (link) ke entri yang anda sedang baca ni.
Mungkin ketika anda baca entri ni, aku memang tak ada dah kat dunia ni. Who knows?

Si A tadi pun tertariklah dengan tajuk entri aku tadi sebab berkaitan dengan mati lalu dia pun bukalah link tu tadi dan baca entri aku kali ni.

Haram jadah Azra ni buat kerja bodoh. Konon buat gimik.- Mungkinlah ada yang terlintas kat fikiran anda kan?

Ok, sebelum anda nak close, tolonglah. Saya merayu, bacalah sampai habis entri ni.

Saat ni, hati betul-betul diruntun rasa sayu mengenangkan kematian ramai kenalan termasuklah bekas cikgu masa di sekolah menengah, bekas rakan sekuliah ketika di matriks, mak cik jiran sebelah yang paling mengejutkan dan beberapa kenalan yang lain. Al-Fatihah...
Ketika leka merancang rapi masa depan dan hari esok, yang padahal entahkan sampai entahkan tidak.

Inilah tujuan utama entri kali ni. Ada tiga pekara yang di bawa selepas mati iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak yang soleh.
Saya ni orangnya tak sempurna imannya tetapi anggaplah nasihat yang saya sampaikan sat lagi sebagai salah satu bentuk sedekah buat anda. Semoga ni menjadi bekalan untuk saya nanti. :)

Seperti yang kita maklum, jarak antara azan dan solat tu sungguh dekatkan? Ouh, ada yang lebih dekat lagi. Jarak antara iqamat dengan solat. Ya, begitu jugalah jarak antara hidup dan mati.

Kita mungkin dari latar belakang yang berbeza-beza. Nak berubah secara total, saya akui bukan satu pekara yang mudah.Tapi cukuplah kita menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.Aku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.

Andai kata 6 hari lepas, kita ni orangnya tak pernah solat lima waktu. Kemudian, 5 hari lepas, kita hanya solat sekali sehari yakni waktu maghrib. Sebab maghrib tu adalah waktu yang paling mudah untuk kita solat, jarang kita lihat ada yang keluar jalan-jalan pada waktu maghrib. Alhamdulillah, Malaysia ni masih ramai lagi yang hormat pada waktu maghrib walaupun sebaliknya masih ada yang segelintir . Seterusnya 4 hari lepas, kita tambah lagi satu waktu yakni isya'. Sebabnya jarak antara maghrib dengan isya' ni tak jauh, alang-alang tu bolehlah kita tunggu.
3 hari lepas dan seterusnya sampai ke hari ini kita tambah lagi waktu iaitu Asar, Zuhur dan Subuh.

(Ini sebagai gambaran, sudah tentu solat tu satu kewajipan. Diwajibkan untuk umat Islam menunaikan solat lima waktu sehari)

Untuk gambaran yang lebih jelas, jika 3 hari lepas kita hanya membaca satu ayat al-Quran maka semalam kita membaca separuh satu muka surat ayat al-Quran dan hari ni kita membaca satu muka surat ayat al-Quran. Dan hari-hari selepas hari ini semaksimum boleh mengikut kemampuan kita . 

Wahai anda, apabila kita sudah sampai ke satu tahap maksima, jangan lupa untuk istiqamah. Ingat, kita da janji pada diri sendiri nak jadi seorang yang lebih baik dari semalam kan?

Sudilah terima nasihat saya ni walaupun sesiapapun saya ni. Insya-Allah yang terbaik untuk kita semua. :)

Maafkan segala kesilapan saya, tutur kasar bahasa saya, terguris hati anda disebabkan saya dan sebagainya yang tak kena oleh saya. Minta anda halalkan segala makan minum,harta benda sama ada sengaja diberikan atau tidak sengaja diambil dari saya.

Penulisan saya kali ni, tidaklah bermaksud saya mati laa ni. Kita tak tahu ajal maut kita. Walaupun 50 tahun lagi saya masih hidup, anggaplah ini sebagai nasihat. Bukan saja untuk anda tetapi untuk diri saya sendiri. Segala silap salah saya, minta ditegur. :)





Sekian dari saya,
Wassalam.

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com