Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Wednesday 10 July 2013

Semakin dekat, semakin berdebar plak.

Assalam..

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah...



Alhamdulillah.. Tiba juga Ramdhan kali ni dan sekali lagi syukur kerana masih sempat dan diberi peluang untuk merasai Ramadhan tahun ni. Bulan Ramadhan ni lah peluang kita untuk membuat pahala banyak-banyak. So far, pergi terawih masih banyak lagi saf dan seperti biasa macam tahun-tahun lepas, saf akan berkurang dari hari ke hari. Lebih-lebih lagi nak dekat-dekat raya tu, katanya ramai yang mula sibuk buat kuih. Nampaknya, buat kuih tu lebih penting dari terawih ye dak? Its okay, terawih tu sunat dan hak masing-masing nak melakukannya atau tidak.

For me, awal-awal lagi dah buat kuih. Buat kuih waktu siang sebab banyak masa terluang untuk cuti sem ni. hee
Kuih pertama setakat ni, sarang semut. Kuih ni untuk my buddy. Then, kalau sempat nanti nak buat kuih Chips More plak. Yang tu untuk my bestfriend yang nak balik India hujung bulan ni. Kesian dia xdapat raya kat Malaysia for the first time.

Err..Kenapa bentuk kuih ni lain? huhu. Ok, macam ni. Actually, xsempat pun nak beli bahan-bahan buat kuih, just guna bahan yang sedia ada. Nak buat plastik untuk parut kuih tu, macam malas kan, so guna je acuan yang nak buat samperit.. hehe
Chocolate rice pun xde. Nak keluar pi beli tu macam buang masa plak. hahaha.



Buat sensorang. hee 

Aktiviti semasa cuti.

Decoration simple je, guna bahan yang ada. 

Kuih pertama untuk setakat ni.

Okay, berbalik pada tajuk entri. Semakin hari, semakin berdebar nak tunggu raya ni. Mungkin perasaan aku je sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Sampai tahap tu nervous system aku berfungsi. Padahal baru nak ta'aruf je pun. Bukan nak nikah. hee.
Alahai, gara-gara encik kapten la ni. hehehe

Tunggu kedatangan Mak Long ( kakak angkat mama ) raya ni, bawa anak bujang dia datang rumah tujuan untuk berkenalan. Sama-sama anak tunggal dan kebetulan tarikh lahir kami pun cuma jarak satu hari. Just dia lagi berusia dari aku lah. Seperti yang aku harapkan, aku perlukan seseorang lelaki yang jauh lebih matang dari aku. So, boleh la dia pimpin aku.

Aku berserah sepenuhnya pada Allah. Bukan tugas aku untuk mencari siapa pemilik tulang rusukku tetapi tugas aku untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang lebih baik. Insya-Allah. 

Aku xnak terlalu berharap kepada seorang pilot airforce TUDM tu. Jodoh tu rahsia Allah kan. Mungkin ya, mungkin tidak dia jodohku. So, berdoa jelah.

Cousins dah mula perli-perli pasal aku dengan 'abang pilot' katanya. hahaha
Ada lah seorang makcik ni siap kata lagi, 'Makcik ingat kau xnak, boleh pass kat anak makcik' .. Hahaha
Mana boleh serah-serah macam tu. Jujurlah, untuk first sight tahun lepas, adalah timbul perasaan suka kat dia. Time tu xcare sangat sebab aku dah ada someone yang aku harapkan. Tapi,mungkin bukan jodoh kami. Selepas je beberapa minggu dapat kata putus dari someone tu, mama call bagi tahu pasal benda ni. Aku xtahu la sama ada ni petunjuk pada aku atau hanya satu kebetulan.

Apa-apa pun, aku hanya mampu berserah pada ketentuan-Nya . Semoga yang terbaik untuk aku nanti. Aamiiinn..
Terkenang pada dosa-dosa aku sebelum ni. Astagfirullah. Menangis aku saat rakaat yang terakhir solat terawih tadi. Sedih. Jujur, aku dah penat nak bermain dengan perasaan. Sia-sia apa yang telah aku buat sebelum ni. Membuang masa untuk sesuatu benda yang belum pasti.

So, pada someone yang tengah bercinta tu, cepat-cepat lah ikat. Janganlah korang terus buang masa pada sesuatu yang xpasti. Bercinta bagai, tapi last-last putus. Then, couple dengan orang lain pulak. Alahai, murahnya orang tersebut.
(Maaf atas kekasaran, sekadar nasihat. Bukan saja nasihat untuk anda, tetapi untuk saya juga) .


Cukuplah sampai di sini saja untuk penulisan kali ni.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. :)

Wassalam..

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com