Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Thursday 14 February 2013

Amarah .

Assalam...

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah..

Marah merupakan salah satu jenis perasaan dan mempunyai tahap yang berbeza mengikut cara seseorang tu mengawal nafsu amarah. Ada empat jenis manusia yang mempunyai tahap marah yang berbeza.


  • Cepat marah, cepat reda.
  • Cepat marah,lambat reda.
  • Lambat marah,lambat reda.
  • Lambat marah,cepat reda.
Agak-agak lah kan,korang kategori yang mana?heee. Aku pun muhasabah diri balik.
Seriously, aku memang takut dengan orang yang sedang marah sebab amarah membuatkan mereka tidak mempu berfikir panjang. Macam-macam boleh jadi.

Nak tanya, pernah tak korang rasa susah nak bernafas sekali-sekala? Bernafas tu boleh,tetapi nak tarik nafas dalam-dalam tu payah atau rasa menguap xpernah sampai? Bila dah kena, mulalah fikir macam-macam. Rasa ada sakit jantunglah, jantung berlubanglah, saluran pernafasan tersumbatlah dan sejenisnya.
Tetapi bila dah biasa kena, terasa benda ni macam bermusim. Bulan ni kena lepas tu elok balik. Then, tahun depan kena lagi.

Ok,fine. Actually, itu adalah tanda-tanda korang sebenarnya sedang marah. Sifat marah yang korang xpernah perasan kehadirannya tetapi ada. Boleh jadi,korang makan hati dengan classmate ke atau sesiapa je tetapi korang xmampu nak luahkan. Boleh jadi korang xsampai hati nak luahkan marah atau korang ni jenis yang suka jaga hati orang? hehe..

Nafsu amarah ni kena kawal dan kalau boleh cegah sebab amarah mendatangkan penyakit. Tak pasal-pasal boleh mati sebelum ajal.heee Ya, mustahil kita boleh lari dari sifat marah yang merupakan salah satu norma. Tapi kawallah sebelum memudaratkan diri. Bila rasa nafsu amarah nak datang, cepat-cepat lah beristighfar .Mungkin mengambil masa. Xdelah,sekali je sebut astagfirullah terus hilang marah tu.huhu. Benda ni semua take time. Kalau nak lebih cepat, berwudhuk terus solat. Insya-Allah kekusyukan boleh bantu melupakan amarah. :)

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu,jika salah seorang daripada kamu marah,maka hendaklah dia berwudhuk (mengambil air sembahyang). - Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad.
Minta maaf dan memaafkan.
Kesalahan yang kita buat secara garis besar berimbas pada dua hal iaitu kesalahan pada diri sendiri dan kesalahan pada orang lain. Memaafkan mampu mengelap kemarahan diri pada orang lain. Insya-Allah. 
Ya,bukan senang nak memaafkan. Tetapi kita juga yang untung, xsakit hati.hehe.. Benda ni semua take time tetapi yang paling penting,memaafkan.. :)

Dulu selalulah jugak rasa susah nak tarik nafas dalam masa kat matrik dulu. hehe. Jadi mangsa fitnah orang. Xpasal-pasal orang pandang buruk atas kita lebih-lebih lagi time study week.Mulalah hilangnya fokus belajar. Pergghh,seksanya Allah je yang tahu.hehe. Tapi lama-lama perasaan marah tu hilang.


Kalau korang tengok cermin masa marah.
Dan hasilnya macam ni, agak2 jadi xmarah?.hehe
Chucky comel ! huhu.




Insya-Allah kita boleh. :)

Wassalam.


No comments:

Post a Comment

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com