Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Monday 11 February 2013

Allah is writing your story ...

Assalam..

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah...

Singgah menaip untuk membicarakan pekara yang telah lama terpendam sejak tiga hari lepas. Bunyinya macam xlah lama sangat, tapi apa kata kalau kita ubah dalam saat atau minit. 259 200 saat atau 4320 minit. Ada sedikit perubahan? Ya, mungkin bunyinya seakan-akan lama. huhu

Tiga hari lepas, aku ke Port Dickson untuk membuat persiapan pertunangan abang sedara aku. Herm,terasa masa berlalu begitu pantas. Aku drive sepanjang perjalan ke Port Dickson sambil terbayang saat2 aku dan sedara2 ku bermain galah penjang di halaman kampungku sewaktu berusia sebatang jagung. Tersengih aku apabila teringat aku dipulau oleh abang2 dan kakak2 sedaraku yang menghalang aku untuk bermain galah panjang. Alasan mereka,aku tidak pandai bermain. Masakan budak berumur 6 tahun reti bermain galah panjang. Now, aku sudah mencecah angka dua di depan. Ternyata kini abang2 dan kakak2 sedaraku masing2 sudah berumah tangga. Mengikut kiraan, ada lah baki dalam 3,4 orang lagi yang atas aku belum mengikat tali pertunangan atau berkahwin.hee


Sebelum merapu lebih, baik aku start. huhuhu

Malam tiga hari lepas,kakak sedara aku dan suami mengajak aku dan seorang lagi sedara aku ke pantai untuk melepak sambil memerhati keindahan malam ciptaan Allah. Kitorang makan sambil sibuk bercerita. Suami kakak sedaraku adalah seorang pencermah bebas. Bermula dengan sedaraku bertanya mengenai hal arak. 

( Sekarang ni,macam2 berita kita dengar mengenai artis2 yang tidak mendapat restu untuk berkahwin. Xpayah la mention erk..huhu )

Tetiba aku teringat akan sesuatu perkara. Mungkin ceritanya tidak perlu aku kongsikan. Cukuplah sekadar persoalan yang aku tujukan. Adakah berdosa bagi pasangan yang kahwin lari kerana tidak dapat izin keluarga?

Bermulalah hujah2 yang diberi oleh En.Shukri. Mungkin xsebulat2 yang dihujahkan tapi cukuplah sekadar isi. Adakah hubungan si anak perempuan dengan ibu dan ayahnya masih terikat sebelum berkahwin? Dan adakah hubungan si anak lelaki dengan ibu dan ayahnya masih terikat sebelum berkahwin? Jadi apakah hukum bagi seorang anak mendengar kata ibu dan ayah selagi tidak melanggar hukum dan syarak agama?
Anda tahu jawapannya. 

Tetapi sekiranya tanpa berkahwin dengan pasangan idaman itu boleh memudaratkan diri seperti gila,sakit dan sebagainya maka berkahwinlah dengan syarat.
Allah mencipta manusia untuk tidak berlaku zalim. Sekeras-keras hati manusia,akan lembut juga. Maka pujuklah dan bawa berbincang untuk mendapatkan penyelesaian.

Dan aku terfikir,lalu aku bertanya. Adakah hubungan yang tidak direstu itu adalah tanda2 mereka tiada jodoh?
Jawapannya tidak. Boleh jadi itu hanyalah dugaan buat mereka. Jodoh itu rahsia Allah.

'KUN FAYA KUN' dalam surah Yassin ayat ke-82, be so it is! Maka jadilah ia.

Berdoalah. Jika si dia jodoh anda, maka pintalah pd Allah agar dekatkan dan satukan hati anda dengan dia. Jika tidak,maka pintalah agar Allah menjauhkan dan meleraikan hati anda dengan si dia.

If that person is our JODOH, say Alhamdulillah. If that person is not our JODOH, please let it go. Its faith from Allah.

Boleh jadi ketika Allah ambil sesuatu daripada genggamanmu, sedarlah bahawa Dia hanya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik. :)






Biar tulisan yang berbicara.
Wassalam.

3 comments:

  1. pasti ada penyelesaian bg setiap masalah..berdoalah itu senjata yg terbaik. ;)

    ReplyDelete
  2. Cinta tu kenal siapa kan.. apa2 pun kalau da jodoh tertulis dlm luh mahfuz, sebyk mana pun dugaan pasti akan bersama juga..^^ salam ukhwah..

    ReplyDelete
  3. I'll support you for keep on reminding us about Him The Almighty dear.
    Feel free to visit mine.
    salam ukhuwah

    klmnopqurratuaini.blogspot.com

    ReplyDelete

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com