Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Friday 11 May 2012

Jangan sibuk cari identiti diri tapi cuba jadi diri sendiri .

Assalam. .


Kali ni, aku menaip dengan perasaan gusar tambah celaru ditambah lagi beribu persoalan yang belum terjawab.
Aku tahu,aku bukanlah seorang hamba yang baik,aku tahu aku bukanlah seorang umat yang baik,aku tahu aku bukanlah seorang anak yang baik,aku tahu aku bukanlah seorang sahabat yang baik dan aku tahu aku bukanlah seorang saudara yang baik.


Aku takut dan aku gerun pada setiap perkara.Kadang-kadang keyakinan diri itu tenggelam disebalik kekuatan.Aku menjadi bimbang dan curiga serta-merta setiap kali mata-mata sibuk memandang dan adakala aku menjadi riak serta-merta setiap kali mata-mata memandang.Aku terus mencari identiti diri walaupun ada yang kata; "Jangan pernah mencari identiti diri malah jadilah diri sendiri" .


Mungkin ada kebenaran kata-kata tersebut.Ramai kata mereka sering nampak aku gembira dan cool setiap masa,tetapi ramai tidak pernah sedar betapa banyak sakit yang aku rasa.Aku selitkan kesakitan disebalik senyuman sebab aku pasti senyum itu dapat memberi aku kekuatan malah menjadi penawar sementara buat sakit itu.


Ragam yang pelbagai oleh orang sekeliling banyak membantu aku dalam usaha untuk mencari maksud sebuah KEHIDUPAN yang sebenar.Namun pengalaman ini masih belum mencukupi untuk dijadikan bekalan buat aku untuk tempuhi segala cabaran suatu hari nanti.


Namun di sebalik keraguan dan ketakutan, aku memegang satu ayat daripada seorang ustaz ; "Saya yakin,kau boleh berjaya suatu hari nanti insya-Allah"..
Ya ! Aku yakin aku mampu untuk berjaya !
Kegagalan bukan penamat hidup malah adalah satu permulaan.



No comments:

Post a Comment

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com