Klik. .Click. .Klik . .

http://www.careeron9.com/

Iklan Jawatan Kosong

Sunday 6 May 2012

Aku ditikam sebelum ke i-City. .

Assalam. .


Sebelum tu,sesiapa mahu bersaing dengan aku untuk dapatkan RM 200 klik di sini .
Dah lama rasanya tak update blog ni.hee..Semalam aku tak diberi kesempatan langsung untuk menyentuh apatah lagi switch on komputer riba ni.haha.Sakit.


Semalam adalah hari yang paling bersejarah aku diberi peluang sakit perut yang amat.Tiba saja di Dewan Masjid Salahuddin al-Ayubi,Taman Melati Gombak kami disambut ala-ala glamour dengan silauan flash kamera.Setelah bersalam,cium dan peluk tuan rumah, mata aku terus tertumpu pada suatu tempat yang aku rasa tempat itu boleh membantu aku menghilangkan kelaparan yang amat.Kelaparan membuatkan aku tak sedar langsung ada seorang kanak-kanak duk sibuk berkepit dan memegang tangan aku.


"Akak,tolong ambilkan lauk untuk Qalesya.." Suara sedih sayup-sayup kedengaran melintasi gegendang telinga aku.
"Haa?..Baiklah." Aku seolah-olah terpukau akan suara sedih itu.Haha,maaflah ye,ayat aku ni sedikit gramatis dan aku menyerapkan sedikit unsur hiperbola kerana hari ni aku ting tong sedikit,pening kepala yang belum hilang lagi akibat menaiki Pirate Ship di i-City lewat malam tadi.


Balik kepada cerita tadi,kami terus makan dan makan sehinggalah otak aku memberi signal kekenyangan.Kami terus pulang ke Klang lepas melihat sepasang pengantin duk makan beradab,Kononnya mahu singgah ke Jalan Tar tapi kami terus membatalkan niat itu kerana isu BERSIH masih hangat dan khuatir akan itu.haha.adeh.Ting tong sangat dah ni.


Balik-balik je,aku terus dipengaruh oleh sedara-sedara aku untuk melakukan business MLM cokelat.Oh,tidak ! Memang sekarang ni aku dibawah pengaruh tu pun.Lagipun,ada orang nak sponsor modal kan.Memang aku on jelah.Terima kasih bebanyak wahai insan yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan 10.5 hari..hee..


Yang menjadi masalah besarnya,dimulai dengan abang sedara aku mengalami sakit perut yang sangat dan disertai oleh aku,makcik aku,kakak sedara aku dan yang lain-lain kecuali orang yang bertuah saja tidak senasib kami..haha..XD


Sakitnya,seperti ditikam bertubi-tubi oleh pisau yang amat tajam..hee XD
Menurut yang berpengelaman,ada juga kata sakit itu seperti wanita yang ingin melahirkan anak.So, kira beruntunglah aku dapat merasa sakit itu sebelum tiba masanya.haha.. XD
Dalam pukul 11.45,if I'm not mistaken anak-anak muda bergerak senyap-senyap menaiki sebuah kereta terus ke i-City.


Lepas puas merantau menaiki Spacewalk, setelah berpusing-pusing dan bergayut kat Super Swing, dan bergayat di Pirate Ship kami mengambil kata putus untuk pulang.Pukul 2.30 pagi barulah kami meninggalkan tempat itu.Dahlah tengah-tengah pening ni,tetiba boleh pulak sekumpulan manusia ni buat perarakan di pagi-pagi buta ni.Apa perasaan korang kalau berada kat tempat aku?.Heish,lagi malang polis buat sekatan jalan in other words,road block .Perut yang sedikit elok,seolah-olah menjemput sakit itu datang lagi.


Okay,aku tengah berkobar nak buat cokelat ni.hee..Semoga cokelat aku menjadilah ye..haha XD



"Saya bukan blogger yang pro-pembangkang mahupun pro-kerajaan."

No comments:

Post a Comment

/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved dua-tujuh-satu.blogspot.com